Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Sunday, February 27, 2011

Dr Maza: Pluralisme agama antara politik, fanatik dan realistik


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin   
Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu.

Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya,‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang.

Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini.

Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralismeyang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini.

Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama.

Pluralisme dan Relativisme

Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralisme itu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme.

Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif.
Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativismePluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain.
Katanya:
“pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another..pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table with one’s commitments” (http://pluralism.org/pages/pluralism/what_is_pluralism)
Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang.
Prinsip Islam
Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami;
i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.
ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.

iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).
iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)
v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).
vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)
Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31058:dr-maza-pluralisme-agama-antara-politik-fanatik-dan-realistik&catid=95:agama2&Itemid=132

Friday, February 25, 2011

Touch n Go atau Touch n Care????

Setiap malam Isnin aku menghadiri kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ust. Salleh di masjid berdekatan rumahku namun malam tadi beliau tak dapat datang kerana ada kerja di Miri. Selepas solat Maghrib, pengumuman dibuat yang kuliah malam ni akan digantikan oleh Pak Baharuddin seorang pendakwah di HIKMAH (sebuah badan dakwah di Sarawak) yang berasal dari Indon.... nampak dari raut wajahnya yang putih bersih berjanggut sejemput aku agak tertarik lalu bergerak ke saf yang berdekatan...walaupun usianya mungkin menghampiri 65 tahun( agak2 akulah), namun masih bertenaga dan nampak amat bersemangat.

Wah, hebat juga Pak Baharudin ni sebab siap pasang laptop dan LCD untuk slot ceramahnya. Menarik ni dan aku rasa inilah penceramah pertama yang aku jumpa guna LCD dalam kuliah Maghrib di masjid kampung. Jemaah yang hadir pada malam tu lebih kurang 40 orang sudah bersedia meluangkan telinga dan minda untuk disumbat dengan kata-kata dari mulut seorang pendakwah yang nampak amat berkeyakinan dan hebat....mungkin juga seorang Kiyai...

Tajuk ceramah Pak Baharuddin pada malam tu ialah Mendidik Anak-anak, dimulakan dengan salam dan bacaan Ummul Kitab serta Salawat seperti biasa seorang penceramah.... apa yang menarik hatiku ialah ungkapan beliau yang berbunyi " mengajar itu bukannya mudah tetapi tarbiyah (mendidik) itu lebih sulit"... lalu beliau menafsirkan perkataan mengajar dan mendidik dengan membuat satu perbandingan dalam bahasa Inggeris. Katanya mengajar itu umpama touch and go....sentuhan dan tiada susulan ke arah memantau dan memberi panduan mengenai salah atau betul sesuatu yang telah diajar tetapi mendidik adalah touch and care, di mana proses mendidik sentiasa berterusan dengan penuh kasih sayang serta tegas dalam menegur mana yang salah dan memuji mana yang betul atau baik tentang tindakan dan tingkah laku anak-anak...
Ditafsirkan anak pula ialah anugerah, pembawa rezeki, amanah Allah, permata hati dan anak juga ialah UJIAN. (huraiannya jelas memberikan kepuasan kepada jemaah yang mendengarnya)
Ibu ditafsirkan sebagai sumber kasih sayang dan bapa ialah kepimpinan. Kasihnya ibu sangat tinggi namun kasih sayang Allah lebih besar dan tinggi sebagaimana dijelaskan dalam kalimah Ar Rahman Ar Rahim dalam Basmalah. Dan bapa pula adalah pemimpin yang bukan sekadar mengarah dan mengerah tetapi menjadi contoh kepada anak-anak..... maka masing-masing ada peranan tersendiri dalam proses mendidik anak-anak...
bersambung...........

Sunday, February 20, 2011

KaSih SaYanG VS BenCi!

Kasih dan sayang (mawaddah wal rahmah) adalah milik Allah yang menurunkannya dalam hati setiap makhluknya. Menyayangi dan mengasihi seseorang dalam hidup kita menjadi satu fitrah kepada kita sebagai insan. Namun lawan bagi sifat ini pastinya sifat benci. Sifat yang juga ada dalam diri kita. Lalu kita diberi pilihan untuk memilih salah satu sifat ini, mana yang sesuai dan untuk siapa? Apakah factor yang menyebabkan kita berperasaan kasih sayang atau benci? Persoalan ini sebenarnya bergantung kepada keadaan dan diri seseorang serta persekitarannya. Normalnya kasih sayang sentiasa ada pada seorang ibu kepada anaknya, begitu juga sebaliknya. Sayang seorang kepada seseorang yang lain ada sebab dan puncanya. Seperti seorang lelaki yang menyayangi seseorang wanita adalah fitrah mungkin kerana daya tarikan wanita berkenaan tak kira apapun pastinya ada sesuatu yang membuatkan si lelaki tertarik pada wanita tersebut. Maka mudahnya kita faham bahawa kasih sayang akan timbul dalam diri seseorang apabila seseorang itu mula mengenali dan mendampingi seseorang hingga berasakan ada sesuatu yang menimbulkan perasan tersebut. Dan perasaan ini biasanya akan lebih subur dan kuat apabila mendapat sokongan sama ada perasaan mahupun perbuatan yang positif daripada orang yang dikasihinya. Dorongan orang yang dikasihi ataupun balasan perasaan yang sama membuatkan kasih sayang kian kukuh lalu muncullah rasa cinta. Cinta akan wujud bila ada kasih dan sayang yang kuat dalam diri seseorang dan pasangannya. Cinta perlukan baja seperti juga pohon bunga rose yang nampak segar dan cantik apabila selalu disirami dan dibajai malah akan lebih nampak menarik andai ia selalu dibelai. Bicara lisan dan amal perbuatan tingkahlaku apabila bersama pasangan akan mempengaruhi tahap kasih sayang. Adakah sifat ini ada tahapnya dan apa ukurannya?
Menyayangi seseorang membuatkan kita selalu berasa sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan orang yang kita sayang. Namun kerana lawan sifat kasih sayang itu adalah benci, maka perasaan ini juga sentiasa membayangi jiwa. Andai ada sesuatu yang kita lakukan menyebabkan hati orang yang kita sayang sakit atau tersinggung apatah lagi terluka, ia menyebabkan tahap kasih sayang akan mula menurun dan rasa benci akan bertunas di hati. Sedaya mungkin, kita akan mengelaknya namun dalam alam yang serba pancaroba kita kadang-kadang tidak berkemampuan memelihara kata-kata, tingkah laku mahupun tindakan yang menggores hati pasangan kita.
Banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi tahap naik turun sifat ini, kadang kala muncul antara kasih sayang dan benci ini sifat cemburu atas dasar tahap kepercayaan pasangan kita luntur. Peratus kasih sayang telah berpecah akibat bertunasnya sifat benci dan cemburu. Rasa terabai dan kejauhan juga mampu mengurangkan peratus kasih sayang seseorang, apatah lagi jika ada di kalangan persekitaran yang dirasakan lebih dekat dan baik. Ketiadaan akan menyebabkan kita mengadakannya dalam apa juga situasi bila keperluan diri dan hati terasa kosong dan sepi. Tidak semua di kalangan kita mampu menangani ketiadaan dengan bijak kerana di hati dan jiwa sentiasa akan ada keinginannya. Atas dasar ini ditambah dengan persekitaran social yang memaksa membuatkan kita sendiri mengikis rasa kasih sayang yang pernah kita ciptakan kepada seseorang.
Seperkara yang perlu diberi perhatian juga adalah kepercayaan dan keyakinan terhadap pasangan. Tahap kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap pasangannya  akan mempengaruhi peratus kasih sayang. Kesetiaan pasangan akan membuktikan betapa kasih dan sayangnya dia, lalu diterjemah melalui  lisan, penghormatan diri, kawalan tingkahlaku dan tindakan terhadap pasangan dan persekitaran. Biasanya pasangan hanya melihat sesuatu yang bersifat luaran atau zahir, memang sukar memahami sesuatu yang wujud di dalam diri. Membohongi orang lain dengan tingkahlaku palsu bagi menyesuaikan diri dengan keadaan akan menyebabkan tekanan diri sendiri kerana kita tidak mampu menipu diri. Walaupun hanya kita yang tahu (Allah juga tahu) namun sedikit-sebanyak rasa bersalah akan muncul dari dalam diri.
Tanya diri kita sendiri di mana kita meletakkan sifat kasih sayang kita terhadap seseorang lalu cuba anggarkan berapa peratuskah kasih sayang kita kepadanya. Nilai ukuran ini memang agak subjektif bagi setiap orang kerana ia kadang-kadang bertambah dan berkurang mengikut suasana semasa… apakah yang kita lakukan bagi meningkatkan nilai kasih kita kepadanya dan apakah kita hanya berserah dan pasrah kerana kita tidak mampu menilai kasih sayang seseorang kepada kita…??????

Bagaimana Nak Berubah?

Manusia berubah dan perlu berubah mengikut keperluan semasa persekitarannya. Orang yang tidak berubah adalah jumud umpama katak di bawah tempurung atau ulat dalam batu. Persekitaran kehidupan masa kini berubah dengan cepat dan kita perlu mengejarnya agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan. Jadi bagaimana untuk berubah? Pandangan teman baikku Prof. DAR ketika berbincang mengenai perubahan manusia boleh dijadikan panduan.... perubahan perlu bermula dari pemikiran diri sendiri dan katanya

Apabila anda mengubah pemikiran anda,
anda mengubah kepercayaan anda;
Apabila anda mengubah kepercayaan anda,
anda mengubah jangkaan anda;
Apabila anda mengubah jangkaan anda,
anda mengubah sikap anda;
Apabila anda mengubah sikap anda,
anda mengubah tabiat anda;
Apabila anda mengubah tabiat anda,
anda mengubah prestasi anda;
Apabila anda mengubah prestasi anda,
anda mengubah kehidupan anda.
(Prof. DAR, 2010)

Lalu marilah sama-sama kita memikirkan apakah bentuk perubahan yang kita perlukan???

Tuesday, February 15, 2011

HARI YANG BAIK- 12 RABIUL AWAL

Hari ni 12 Rabiul Awal 1432H (15 Feb. 2011), kita kat Malaysia bercuti sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, hari kelahiran junjungan besar kita yang telah diutuskan oleh Allah sebagai PesuruhNya untuk memberi tunjuk ajar dan menyampaikan seruan kepada manusia dan jin seluruh alam ke arah agama yang benar berbekalkan Kitab Al Quran dan keperibadian yang tinggi dan akhlak terpuji. Allahummasallialasaidina Muhammad waala alihi wasahbihi wasallam...

Ada persoalan tentang sambutan Hari Maulidurrasul ni... adakah ia satu bentuk ibadah atau bid'ah? Apakah pengisian majlis sambutan Maulidurrasul ni satu amalan yang bertentangan dengan syariat dan dianggap bid'ah kerana ia tidak pernah diamalkan atau dilakukan oleh Rasulullah sendiri mahupun para sahabat atau tabi'in? Banyak perbahasan mengenainya dan akan cuba saya ketengahkan beberapa pendapat tentang perkara ini nanti....

Apa yang ingin aku bicarakan di sini ialah apakah hari yang kita telah lalui itu diisi dengan perjalanan hidup yang membawa kita ke arah yang lebih baik atau sama saja macam hari-hari yang lain.... istimewakah hari lahir sehingga kita perlu meraikannya? Pada sesetengah pendapat, hari lahir adalah hari paling bersejarah sebab ia adalah permulaan hidup kita di dunia dan sewajarnya diingati dan diraikan,apatah lagi ia menjadi pemula hitungan umur kita... dan jangan lupa kini tercatat di awal no kad pengenalan kita di Malaysia.... tetapi ada orang berfikiran apa ada pada umur kalau tiada pengisian hidup, umur jadi sekadar hitungan angka yang tak bermakna. Ada kebenarannya pandangan-pandangan tu, aku sentiasa cuba memikirkannya apakah yang terbaik namun dari segi adat budaya normalnya kita sentiasa ingin mengingat tarikh lahir orang lain dan tentunya kita inginkan orang lain juga mengingati tarikh lahir kita.... sekurang2nya ada juga ucapan selamat atau hadiah harijadi .... seronok dapat hadiah terutamanya anak-anak dan orang perempuan ( hehehe.. jangan anggap pro gender ) malah kadang-kadang demand pula nakkan hadiah2 tertentu sempena hari jadi diaorang.

Hari lahir nabi kita diraikan dengan cara dan budaya kita kerana tiada dalam sejarah Islam tentang sambutan cara hari lahir ni disambut......... nak ceritakan kat sini cara sambutan Maulid Nabi di sesetengah tempat di negeri Sarawak yang pernah aku libatkan diri......

bersambung......  

Monday, February 14, 2011

SMS KAWAN-KAWAN..... hInGgA HuJuNg NyAwA

Malam ni sambil meneroka blog teman-teman dan melayan FB, aku terdengar bunyi msg telefon anak daraku..... siapalah yang hantar msg malam2 ni sedangkan anakku ada kat hostel. Bila ku buka dan baca, rupanya msg daripada teman sekolahnya...... tak ada apa yang menarik cuma permainan kata-kata yang bernada mesra dan frasa berima yang dikarang dengan baik... biasanya msg macam ni selalu dihantar teman-teman sempena hari raya atau hari2 yang mengenangkan sesuatu namun ingin juga kukongsi frasa rangkaikata yang kukira baik

KAWAN bukan "1", Tapi berjuta
Bukan Untuk Diguna Tapi Untuk Dijaga
Bukan Untuk Dimusuhi Tapi Untuk Disayangi
Bukan Untuk Sementara Tapi Untuk Selamanya
Bukan Untuk Dilupa Tapi Untuk Diingati
Bukan Untuk Ditinggalkan Tapi Untuk Dirindui
Bukan Hanya Di Sini Tapi Di Mana-mana
Bukan Setakat Ini Tapi Hingga Hujung Nyawa...........

Bila dibaca berulangkali dan dihayati, ada frasa yang mungkin kurang tepat tapi agak sesuailah dengan maksud yang diinginkan pereka frasa tersebut dan pembacanya juga dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Kira ok lah tu.......
Lalu teringat kisah seorang temanku yang bercerita tentang pertemuan kembali kawan-kawan lamanya di perjumpaan reunion sekolah lamanya dulu.... masa form 5 di waktu zaman kegemilangan dulu ( pinjam istilah Pak Long... teman baik semasa di SMAI 82-89 hingga kini).  Dah lebih 20 tahun berlalu zaman kegemilangan namun bila bertemu kembali, masing-masing berusaha untuk menjadi seperti dulu... dulu badan masih slim dan gebu tapi kini dah kembang dan kematu, dulu rambut berkilat dan ayu, kini bertudung nak lindung yang kian memutih dan kelabu ( bagi wanita ), dulu rambut belah tengah berbunga juga berjambul, kini dah tinggal dahi yang luas menonjol ( bagi lelaki ) .... dulu masing-masing ada pasangan yang kununnya padan dan sejoli tapi kini ramai yang dah berlaki dan berbini... yang single masih ada lagi... ada yang jadi dengan teman kelas sendiri tapi ramai juga yang kini hidup bersendiri...
Apabila bertemu kawan-kawan lama, maka mulalah bercerita kembali kisah-kisah silam zaman kegemilangan masing-masing dulu. Nostalgik sungguh dan mengharapkan teman yang dulu masih seperti dulu.... caring dan understanding... tapi pada usia 40-an manusia ni dah berubah. Hakikatnya ia mematangkan seseorang apatah lagi bila masing-masing sudah melalui pelbagai pahit maung kehidupan.... dulu kita sedar kita amat menyintainya begitu juga dia namun terpisah akibat kejauhan jarak dan masa ( dulu tak ada handfone ) bila tak dapat tulis surat, guna public phone je lah ...tu pun kalau rumah si dia ada telefon. Berpisah bukan kerana tidak sehaluan tapi dek jarak dan masa... kini bertemu semula dalam suasana berbeza, wajarkah kasih dan sayang masa lalu yang entah pupus atau masih bersisa disiram semula agar berputik semula? Andai masih ada lagi sisa-sisa cinta monyet lalu tuntas kembali menjalin hubungan mesra pasti ia sesuatu yang amat bahagia... siapa sangka Tuhan pertemukan kita kembali di usia ini untuk menebus kelalaian masa lalu kita, andai jodoh ada tak ke mana jua jadinya.... cuma bisakah kita jadi seperti dulu? Sedang kini kita sudah dimiliki dan memiliki insan lain yang memang telah ditentukan dia jodoh kita........ pasrah dan rela menerimanya biarpun pertemuan ini mencuit nostalgia yang bisa kembali mengguris luka lama, mampukah kita jadi seperti dulu membiarkan ia berlalu atau wajarkan bina kembali ikatan jiwa biar cuma sekadar penghilang duka dan pendengar setia... resah temanku ada wajarnya, bermain perasaan yang meruntun jiwa boleh rebah andai tiada iman di dada... aku semampunya hanya ketawa hampa.... argggghhhh cerita lama macam drama kat TV3 hahahaha....
Teman sekelas dulu baik sangat, ke sekolah bersama, bermain bersama, bersukan bersama biarpun katanya cuma jadi penyokong setia.... makan tidur bersama dilalui, usik dan tawa, tangis hiba, masing-masing cuba tangani ikut cara jiwa remaja....KINI wajarkah teman baik itu kulayan begitu? Zaman remaja dah berlalu penuh rindu, kedewasaan kita melalui alam rumahtangga kian mematang dan membuatkan kita ingin lebih baik dari dulu namun adakah kawan-kawan kita dulu seperti kita? Mereka melalui tempuh lebih 20 tahun lalu di persekitaran dan suasana yang rasanya terlalu berbeza dengan apa yang pernah kita tempuhi. Lalu apa yang mereka lalui membentuk diri dan sikap yang semestinya berbeza dengan apa yang mereka miliki 20 tahun lalu. Apakah sama pengalaman mereka dengan kita? Mungkin sama namun pendekatan yang berbeza, hinggakan ada teman yang memberi perspektif negataif terhadap seorang teman yang dulu amat baik dengannya hanya kerana sudah lebih 20 tahun tidak bertemu muka sekadar mengetahui teman itu lebih baik hidupnya daripada kita.... adilkah kita menilai dirinya atas kejayaan yang dikecapinya berbanding kita yang berjaya namun tidak sepertinya...hah  biarlah temu muka dan berbicara, barulah adil penilaian kita terhadapnya.... usah lagi ada klik2 sendiri, kita kini dah melewati waktu itu lebih 20 tahun lalu, jauhilah rasa kecik hati kita hanya kerana teman kita tidak lagi melayan kita seperti zaman kegemilangan dulu...

Masing-masing ada cerita tersendiri namun kudaoakan moga pertemuan reunion temanku itu tidak berakhir hanya setakat itu, mungkin itulah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih baik dalam berhubungan sebagai kawan yang semestinya patah tumbuh hilang memang tak berganti......... peliharalah kembali hubungan kalian agar berpanjangan hingga akhir hayat seperti kata-kata di atas" Bukan Setakat Ini Tapi Hingga Hujung Nyawa"...... berkawanlah dengan niat ke arah kebaikan demi kesejahteraan bersama dunia dan akhirat kerana ia akan dipersoal semuanya bila kita dibangkitkan di sana.............

Wallahuaklam............

Sunday, February 13, 2011

KATA MANTAN MUFTI YANG MERESAHKAN........

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia
Feb 13, 11 9:24pm
Kongsi 75
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

http://www.malaysiakini.com/news/155934

 

Saturday, February 12, 2011

ISTERI OH ISTERI.......

Isteri tak rela bermadu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAYA berkahwin dan mempunyai anak. Saya berhasrat berpoligami bagi membantu seorang ibu tunggal dan berkongsi kebahagiaan dengannya.
Selain itu, saya juga mahu melaksanakan ibadah serta mengamalkan sunnah Rasulullah. Hasrat ini saya suarakan kepada isteri dan anak.
Namun, cadangan itu tidak dipersetujui isteri biarpun menjelaskan tujuan niat baik, hak serta tanggungjawab yang perlu saya pikul nanti.

Isteri meminta saya menceraikannya jika ingin meneruskan hasrat berpoligami. Saya memang tidak dapat melupakan ibu tunggal itu memandangkan kesusahan hidup yang dihadapi bersama anaknya.

Saya masih menghubunginya selain memberikan sumbangan kewangan. Salahkah hasrat saya untuk berpoligami? Adakah isteri saya berdosa atau bersalah kerana tidak bersetuju dengan hasrat saya itu biarpun saya berterus-terang kepadanya?

Jika saya ingin meneruskan hasrat itu, apakah saluran perundangan yang boleh saya kemukakan?


ABU SAMAH, Pahang.


SECARA umumnya Islam membenarkan poligami bagi kaum lelaki saja. Dari sudut sejarahnya perkahwinan secara poligami sudah pun wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam lagi.

Bagaimanapun, Islam datang memberi panduan kepada kehidupan berpoligami supaya terjalin kasih sayang dan mawaddah antara suami dan isteri-isterinya.

Contohnya, bilangan isteri dihadkan kepada empat saja dan penekanan kepada keadilan antara isteri terutamanya dalam aspek giliran sesama isteri.

Perkara ini dijelaskan al-Quran seperti berikut: "Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu kahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Surah al-Nisa' ayat 3).

Islam tidak menyekat hasrat anda untuk berpoligami. Anda juga berasa mampu untuk berbuat demikian dan berterus terang dengan isteri.

Pada kebiasaannya isteri akan menentang hasrat seperti mana yang berlaku pada anda. Di samping itu, pihak isteri juga menyuarakan hasratnya untuk bercerai sekiranya anda ingin terus berpoligami.

Hal itu perlu ditangani dengan bijaksana supaya tidak berlaku perceraian. Sebagai panduan, anda sepatutnya berdepan dengan perkara itu dengan penuh tenang dan jangan lekas marah.

Segala kerenah hendaklah dihadapi secara berhemah. Anda mesti yakin dengan diri sepanjang masa dan jangan mudah terikut-ikut perasaan.

Jika mempunyai masalah, ia hendaklah diselesaikan satu persatu. Contohnya, apabila isteri tidak bersetuju, anda hendaklah menerima pendirian itu secara tulus dan terbuka.

Amat jarang sekali isteri yang bersetuju dengan poligami. Bagaimanapun, anda termasuk isteri mesti memahami bahawa dalam Islam persetujuan isteri untuk suami berpoligami bukannya syarat.

Isteri yang tidak bersetuju pula tidak menyebabkan dia berdosa. Dosa berlaku apabila isteri mengambil langkah jahat untuk menghalang suami berpoligami seperti menggunakan sihir dan sebagainya.

Seterusnya secara perundangan anda boleh mengemukakan permohonan untuk kebenaran berpoligami di Mahkamah Syariah. Antara yang perlu dikemukakan dalam permohonan berkenaan ialah "suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungnya, termasuk orang-orang yang akan menjadi tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada sudah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu." (Akta Undang-Undang Keluarga Islam, 1984).

Mahkamah kemudian boleh memberi kebenaran apabila ia berpuas hati (1) bahawa perkahwinan itu adalah patut dan perlu (2) pemohon mempunyai kemampuan kewangan (3) kemampuan memberi layanan adil kepada semua isteri dan (4) perkahwinan berkenaan tidak menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Umumnya Akta Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia dilihat meletakkan syarat yang berat dan ketat dalam permohonan perkahwinan poligami. Antara sebabnya ialah untuk menjaga maslahat keluarga dan sebagainya.

Ini menyebabkan ramai pasangan memilih untuk berkahwin ke luar negara. Bagaimanapun, ia mungkin mendatangkan masalah berbangkit lain selepas itu termasuk pendaftaran perkahwinan di Malaysia secara sah.

Mereka ingin mendaftar perkahwinan itu pula didakwa atas alasan berpoligami tanpa kebenaran dan seterusnya dihukum. Mudah-mudah perlu ada penilaian semula undang-undang yang ada sehingga maslahat individu tidak diabaikan dan undang-undang tidak dilihat sebagai 'halangan' dan hukuman semata-mata.

RUJUK LINK METRO NI.... BUKAN AKU YANG KATA....
http://www.hmetro.com.my/articles/Isteritakrelabermadu/Article

KENA SEDAQ DIRI... KALAU TAK MAHU JADI MACAM MESIR

Najib: M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir
 
Abdul Rahim Sabri & Regina Lee
Feb 12, 11
4:41pm
 
 
Dengan ribuan rakyat Malaysia mencurahkan ucapan tahniah kepada rakyat Mesir atas kejayaan 'membebaskan' negara mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengasingkan persamaan di antara kedua-dua negara berkenaan.

NONE"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

"Kita dari awal telah menyedari rakyat mesti didahulukan. Jadi apapun dasar dan program yang dilakukan mesti meletakkan prinsip iaitu mesti mendahulukan rakyat.

"Saya percaya jika kita berbuat demikian, rakyat bersama-sama dengan kerajaan dalam erti kata bukan semua masalah boleh diselesaikan sekelip mata, rakyat pun faham tetapi asalkan kita, mendahulukan kepentingan rakyat dan memahami jangkaan rakyat," katanya.
 
nak cerita panjang, baca la kat link bawah ni..........
 

Monday, February 7, 2011

MELUATNYA TAPI HORMAT...




Anda boleh mencintai ataupun membencinya tetapi hakikatnya, anda tidak boleh mengabaikan tokoh itu.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, ada sahaja inisiatif baru yang diperkenalkan, projek mega atau raksasa dibentangkan mahupun dasar baru dicadangkan.Apa sekalipun diperkatakan baik positif ataupun negatif, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah fenomena politik.
Malah di Amerika, di mana media barat lebih selesa dengan berita-berita mengenai diri mereka sendiri, kelibat Dr Mahathir seringkali juga muncul ke permukaan dari masa ke masa. Sepanjang revolusi Lembah Silikon sekitar tahun 90-an, itu, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memancing wang barat dengan menjajakan multimedia super-koridor seperti seorang jurujual perisian komputer.

Dan ketika krisis kewangan Asia, Dr Mahathir memposisikan dirinya sebagai 'Nurani dari Timur', dan seringkali membidas serta mencaci Wall Street (dan tidak terkecuali maki hamun juga ditujukan kepada orang-orang Yahudi) yang didakwa menyerang mata wang di negara ini dan rantaunya. Di Malaysia sendiri, tentu sahaja, nama Mahathir menjadi sebati dengan kontroversi dan percanggahan.

Namun di luar negara, legasinya semakin terserlah dan dilihat dalam konteks 'Pertembungan Peradaban' yang dilihat kini menggantikan Perang Dingin yang suatu ketika begitu menghantui negara-negara barat.
Rentetan itu adalah adalah tema utama dari buku baru saya 'Perbualan Dengan Mahathir Mohamad', judul kedua dalam siri 'Raksasa Asia' (Pemimpin seterusnya yang akan dipaparkan adalah perdana menteri Thailand yang tidak kurang kontroversial, Thaksin Shinawatra).

Persoalan mengenai legasi dianggap penting kerana sejarah mungkin memutuskan untuk mengecilkan kecacatan dan kepincangan serius sepanjang pentadbiran Dr Mahathir dan dalam analisis akhir meletakkan beliau sebagai seorang daripada pemimpin Islam yang paling penting pada abad ke-20. Sejarah mungkin memutuskan bahawa Dr Mahathir sebagai tokoh Islam sederhana Machiavelli ketika barat begitu gentar dengan bangkitnya al-Qaeda.


http://www.malaysiakini.com/news/155366

NIKAH MUDA NI APA CERITA? BOLEH KA????

Nikah bawah umur: Boleh terima atau tidak?
Feb 7, 11 3:39pm
Siti Nur Zubaidah Hussin baru berusia 11 tahun ketika dia dipaksa berkahwin oleh bapanya dengan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan pada Februari 2010.

Bapanya Hussin Mat Salleh ialah pengikut kumpulan tabligh yang diyakinkan oleh ketuanya Shamsuddin Che Derahman juga digelar "Sudin Ajaib" bahawa perbuatan itu mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Akibat perkahwinan tanpa rela, kanak-kanak pintar darjah lima itu mengalami tekanan perasaan yang hebat.

Dia ditemui dalam keadaan separuh sedar di Masjid Al-Ikhwan, Taman Samudera Batu Caves, beberapa hari selepas suaminya menghilangkan diri bersamanya.

Kes Siti Nur Zubaidah bukanlah yang pertama dan terakhir fenomena pernikahan bawah umur di negara ini kerana masih ada lagi remaja yang berkahwin dengan kerelaan hati malah ada juga yang terpaksa berkahwin kerana hamil di luar nikah.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa (ICRW) pada tahun 2005 memberikan definisi pernikahan bawah umur sebagai pernikahan atau penyatuan antara dua orang yang mana salah seorang ataupun kedua-duanya berusia kurang daripada 18 tahun.
Kecil jangan dipandang ringan

Sehingga kini, kadar peratusan pernikahan di bawah umur di Malaysia masih kecil iaitu 0.725 peratus, tetapi angka ini tidak boleh dipandang enteng kerana pernikahan itu boleh memberikan kesan positif iaitu kebahagiaan ataupun negatifnya, perceraian terhadap kanak-kanak itu.

Pada dasarnya, perkahwinan adalah sebahagian daripada fitrah manusia dan berdasarkan fitrah itulah, Allah menciptakan manusia, tetapi sejauh manakah pernikahan bawah umur diterima oleh masyarakat yang semakin maju pada masa kini?.

Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menganjurkan Seminar Kebangsaan Undang-Undang Keluarga Islam "Nikah Bawah Umur : Patut atau Tidak?" di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Zulkifli Mohamad Al-Bakari berkata terdapat nas yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak di bawah umur sama ada daripada Al-Quran, al-Sunnah dan ijma'.

Bagaimanapun, beliau berkata penggubalan undang-undang ataupun peruntukan tertentu yang terkandung dalam undang-undang perlu ada bagi mengawal perkara itu dan untuk memastikan pihak yang terlibat terutamanya pihak perempuan mendapat perlindungan dan jaminan.
Matlamat perkahwinan
"Syeikh Abdullah al-Manie, seorang daripada anggota Majlis Ulama' Kanan Saudi juga berpandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan gadis bawah umur.
"Pandangan beliau ini timbul sebagai reaksi kepada perkahwinan seorang gadis berumur 12 tahun dengan seorang lelaki berumur 80 tahun di Buraidah, Arab Saudi," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pernikahan Di Bawah Umur Dari Perspektif Syarak'.

Zulkifli berkata walaupun hukum berkahwin dengan gadis kecil adalah harus, tetapi dengan memahami maksud dan matlamat perkahwinan, jelas menunjukkan sewajarnya kanak-kanak yang dikahwini mestilah dalam usia yang mampu menanggung hubungan kelamin.

"Ini kerana bersama pasangan merupakan matlamat perkahwinan, justeru melihat kepada adat, sewajarnya tidak dibenarkan perkahwinan di bawah umur kecuali melihat kes yang tertentu sahaja," katanya.

Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam, Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 dan enakmen-enakmen seumpamanya di peringkat negeri memperuntuk umur minimum untuk berkahwin.

Akta ini menyatakan bahawa tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syariah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Bukan budaya Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Prof Datuk Zaleha Kamaruddin berkata negara lain juga mempunyai perkahwinan di bawah umur malah dalam jumlah yang tinggi, justeru sering kali persoalan timbul terhadap Malaysia yang rata-rata masyarakatnya mengecam perkahwinan bawah umur.

"Kenapa Malaysia? Jawapan yang ditemui kerana Malaysia adalah model negara Islam, maka ia tidak sepatutnya menggalakkan perkahwinan di bawah umur.

"Kerana Malaysia negara maju, perkahwinan di bawah umur dilihat sebagai satu amalan yang ketinggalan zaman," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pernikahan Di Bawah Umur Dari Perspektif Undang-Undang'.

Zaleha berkata berkahwin di bawah umur bukanlah budaya di Malaysia pada masa kini dan ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak mereka untuk belajar pada usia itu dan bukannya untuk berkahwin.

"Dengan perkembangan dunia kini dan dengan semangat membudayakan ilmu, kita tidak sepatutnya menggalakkan remaja kita berkahwin di bawah umur melainkan dalam hal-hal yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Beliau berkata mungkin Malaysia harus belajar dari pengalaman India di mana undang-undang untuk menyekat perkahwinan di bawah umur adalah seperti "harimau yang tidak bergigi".

"Peratusan perkahwinan di bawah umur menjadi sedikit rendah di India dan Pakistan bukan kerana kewujudan undang-undang itu, tetapi ia kerana usaha menggalakkan gadis-gadisnya menuntut ilmu sehingga tertubuhnya universiti khas untuk wanita," katanya.
Implikasi kesihatan
Pernikahan bawah umur juga didapati mempunyai implikasi terhadap kesihatan remaja khususnya yang berkaitan dengan aspek reproduktif dan seksual, selain emosi serta mental mereka.

Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata kebanyakan remaja perempuan yang berkahwin akan hamil dalam usia yang muda dan berhadapan dengan banyak komplikasi dan masalah kesihatan semasa hamil (antenatal), ketika melahirkan (intrapartum) dan juga selepas kelahiran (post-partum).

"Kadar kematian ibu dan bayi juga meningkat dalam kalangan remaja belia yang hamil, bukan sahaja kerana komplikasi semasa proses kehamilan dan kelahiran, malahan juga disebabkan faktor persekitaran yang menyukarkan remaja terbabit mendapatkan kemudahan dan jagaan kesihatan yang optimum," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pernikahan Di Bawah Umur Dari Perspektif Perubatan'.

Dr Harlina Halizah berkata kelompok ini tidak mendapat nasihat yang tepat mengenai kontrasepsi dan perancangan keluarga di samping juga kesukaran membeli sendiri ubatan yang diperlukan untuk tujuan kontrasepsi.

"Selain itu, pemakanan yang kurang memuaskan juga boleh menyebabkan kekurangan zat, kepucatan dan malnutrisi kepada remaja yang terbabit, perkahwinan bawah umur juga dikaitkan dengan kadar keganasan rumah tangga yang tinggi yang menyebabkan kesihatan emosi dan mental remaja terganggu," katanya.

Beliau berkata remaja yang bernikah di usia muda terpaksa berhadapan dengan realiti hidup berkeluarga yang memerlukan kemahiran pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah yang berkesan, pengurusan kewangan dan emosi, kematangan dan keupayaan berkomunikasi yang baik.




 

TEORI DOMINO.....MESIR! BERUBAH ATAU REBAH?????

Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang paling menarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?

Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.

Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.

Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!

Sunday, February 6, 2011

PERJALANAN HIDUP MENCARI KEBAHAGIAAN

Perjalanan Hidup
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu

(lagu Ramli Sarip)

Malam tadi ketika memandu dalam perjalanan ke destinasi deria dengarku dialun lagu ni yang dah terlalu lama rasanya tak kedengaran.... hah radio Sinar FM rupanya, patutlah lagu2 retro ni. Sambil menyusun kembali liriknya yang sudah hampir lenyap dari ingatan, aku dapat berasakan betapa lirik lagu ini amat bersesuaian dengan tema blog ni... penceritaan tentang perjalanan hidup insan yang mencari kedamaian dalam menempuh liku-liku onak dan duri...

Thursday, February 3, 2011

CUKUP SETIMPALKAH HUKUMAN INI??????

Haruan Makan Anak Dipenjara 80 Tahun, 40 Sebat

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga gerai makanan yang tergamak memuaskan nafsu dengan merogol anak kandungnya di hadapan isterinya menerima padah apabila dia diarahkan meringkuk di penjara selama 80 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohamad Sakeri Mamat juga memerintahkan supaya tertuduh yang berusia 47 tahun itu disebat sebanyak 40 kali bagi empat pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki yang mempunyai sembilan anak itu mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan hukuman diarahkan berjalan bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 27 Januari lalu.
“Sebagai seorang bapa, tugasnya adalah untuk melindungi dan menjaga anak. Tetapi kamu telah merosakkan seluruh kehidupan anak perempuan kandung kamu sendiri,” kata Mohamad Sakeri kepada tertuduh.
Tertuduh yang hanya menundukkan kepala apabila mendengar hukuman didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah bilik rumah di projek perumahan rakyat di Cheras, dekat sini pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali antara November dan Disember lalu di tempat yang sama.
Lelaki itu didakwa tetap melakukan perbuatan itu, meskipun dihalang oleh ibu mangsa, malah tergamak memukul isterinya apabila ditegah.
Tidak tahan dengan perbuatan tertuduh, ibu mangsa kemudiannya meminta seorang jiran untuk membuat laporan polis pada malam terakhir mangsa dirogol.
Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali, jika sabit kesalahan.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh cuba merayu simpati mahkamah dengan bermodalkan masalah kesihatan.
“Saya menghidap penyakit darah tinggi, gout dan lemah jantung. Saya bergantung kepada ubat-ubatan dan memerlukan rawatan di hospital,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
“Saya memohon mahkamah mengambil kira trauma yang dialami mangsa sepanjang hidupnya akibat daripada perbuatan tertuduh,” tambahnya.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/2/2/mstar_mahkamah/20110202171021&sec=mstar_mahkamah

MANUSIA APAKAH LELAKI INI? DIMANAKAH LETAK KEMANUSIAANNYA? SESUNGGUHNYA HUKUMAN INI ADALAH HUKUMAN DUNIA YANG MUNGKIN DIANGGAP SETIMPAL TETAPI JANGAN LUPA HUKUMAN YANG PALING ADIL DAN SETIMPAL BAKAL MENANTI DI HARI PEMBALASAN KELAK..... BERTAUBATLAH SELAGI ADA RUANG DAN PELUANG....MOGA JADI PENGAJARAN BUAT SEMUA ...

Sedih sangat bila baca berita macam ni... apa nak jadi masyarakat kita hari ni yang semakin dilanda gejala sumbang seks, tak kira lah siapa pelakunya... hakikat kini negara dilanda satu bencana yang Allah tentukan jadinya melanda negara tercinta yang diwar-warkan sebagai negara Islam terbaik di dunia ... cuba kita fikirkan mengapa? APakah sistem pendidikan kita hari ini menjurus kepada masalah ini? Apakah sistem sosial kita yang menyumbang ke arah masyarakat yang kian bobrok ini? Apakah ketentuan ini sebagai bentuk bencana yang sepatutnya jadi pengajaran buat kita sebelum lebih besar lagi bencana yang bakal melanda negara kita andai kita terus alpa dan suka dengan apa yang ada kini? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.... maka apakah cukup sekadar kita menjadi hamba yang mempunyai tahap keimanan yang paling lemah iaitu hanya mampu melihat dan mengeji dalam hati betapa maksiat terus berleluasa di depan mata....... apa peranan kita? Allahuakbar