Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Monday, February 7, 2011

TEORI DOMINO.....MESIR! BERUBAH ATAU REBAH?????

Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang paling menarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.Hari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?

Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.

Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.

Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!

3 comments:

  1. Nil dan Mesir itu jodoh...Tiada Mesir tiada ketemadunan...(dialog dalam ayat-ayat cinta).Namun ke manakah perginya ketemadunan itu bila berlaku persengketaan seumpama..dan anak bangsa jadi mangsa.....

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya rakyat tidak mampu lagi menahan derita di bawah pemerintah yang zalim ... pada setiap kejayaan tentu ada darah dan air mata yang mengalir dalam mempertahankan maruah bangsa yang tergadai. Pemerintah yang bersekongkol dengan Zionist wajib ditentang!!

    ReplyDelete
  3. Perlu dilakukan dengan hikmah...dan kebijaksanaan....

    ReplyDelete