Rabu Februari 2, 2011
Haruan Makan Anak Dipenjara 80 Tahun, 40 Sebat
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga gerai makanan yang tergamak memuaskan nafsu dengan merogol anak kandungnya di hadapan isterinya menerima padah apabila dia diarahkan meringkuk di penjara selama 80 tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mohamad Sakeri Mamat juga memerintahkan supaya tertuduh yang berusia 47 tahun itu disebat sebanyak 40 kali bagi empat pertuduhan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki yang mempunyai sembilan anak itu mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan hukuman diarahkan berjalan bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 27 Januari lalu.
“Sebagai seorang bapa, tugasnya adalah untuk melindungi dan menjaga anak. Tetapi kamu telah merosakkan seluruh kehidupan anak perempuan kandung kamu sendiri,” kata Mohamad Sakeri kepada tertuduh.
Tertuduh yang hanya menundukkan kepala apabila mendengar hukuman didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah bilik rumah di projek perumahan rakyat di Cheras, dekat sini pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu.
Dia juga didakwa melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali antara November dan Disember lalu di tempat yang sama.
Lelaki itu didakwa tetap melakukan perbuatan itu, meskipun dihalang oleh ibu mangsa, malah tergamak memukul isterinya apabila ditegah.
Tidak tahan dengan perbuatan tertuduh, ibu mangsa kemudiannya meminta seorang jiran untuk membuat laporan polis pada malam terakhir mangsa dirogol.
Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan sehingga 10 kali, jika sabit kesalahan.
Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh cuba merayu simpati mahkamah dengan bermodalkan masalah kesihatan.
“Saya menghidap penyakit darah tinggi, gout dan lemah jantung. Saya bergantung kepada ubat-ubatan dan memerlukan rawatan di hospital,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Loon Jia Yin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
“Saya memohon mahkamah mengambil kira trauma yang dialami mangsa sepanjang hidupnya akibat daripada perbuatan tertuduh,” tambahnya.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/2/2/mstar_mahkamah/20110202171021&sec=mstar_mahkamah
MANUSIA APAKAH LELAKI INI? DIMANAKAH LETAK KEMANUSIAANNYA? SESUNGGUHNYA HUKUMAN INI ADALAH HUKUMAN DUNIA YANG MUNGKIN DIANGGAP SETIMPAL TETAPI JANGAN LUPA HUKUMAN YANG PALING ADIL DAN SETIMPAL BAKAL MENANTI DI HARI PEMBALASAN KELAK..... BERTAUBATLAH SELAGI ADA RUANG DAN PELUANG....MOGA JADI PENGAJARAN BUAT SEMUA ...
Sedih sangat bila baca berita macam ni... apa nak jadi masyarakat kita hari ni yang semakin dilanda gejala sumbang seks, tak kira lah siapa pelakunya... hakikat kini negara dilanda satu bencana yang Allah tentukan jadinya melanda negara tercinta yang diwar-warkan sebagai negara Islam terbaik di dunia ... cuba kita fikirkan mengapa? APakah sistem pendidikan kita hari ini menjurus kepada masalah ini? Apakah sistem sosial kita yang menyumbang ke arah masyarakat yang kian bobrok ini? Apakah ketentuan ini sebagai bentuk bencana yang sepatutnya jadi pengajaran buat kita sebelum lebih besar lagi bencana yang bakal melanda negara kita andai kita terus alpa dan suka dengan apa yang ada kini? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.... maka apakah cukup sekadar kita menjadi hamba yang mempunyai tahap keimanan yang paling lemah iaitu hanya mampu melihat dan mengeji dalam hati betapa maksiat terus berleluasa di depan mata....... apa peranan kita? Allahuakbar
No comments:
Post a Comment