Setiap malam Isnin aku menghadiri kuliah Akidah yang disampaikan oleh Ust. Salleh di masjid berdekatan rumahku namun malam tadi beliau tak dapat datang kerana ada kerja di Miri. Selepas solat Maghrib, pengumuman dibuat yang kuliah malam ni akan digantikan oleh Pak Baharuddin seorang pendakwah di HIKMAH (sebuah badan dakwah di Sarawak) yang berasal dari Indon.... nampak dari raut wajahnya yang putih bersih berjanggut sejemput aku agak tertarik lalu bergerak ke saf yang berdekatan...walaupun usianya mungkin menghampiri 65 tahun( agak2 akulah), namun masih bertenaga dan nampak amat bersemangat.
Wah, hebat juga Pak Baharudin ni sebab siap pasang laptop dan LCD untuk slot ceramahnya. Menarik ni dan aku rasa inilah penceramah pertama yang aku jumpa guna LCD dalam kuliah Maghrib di masjid kampung. Jemaah yang hadir pada malam tu lebih kurang 40 orang sudah bersedia meluangkan telinga dan minda untuk disumbat dengan kata-kata dari mulut seorang pendakwah yang nampak amat berkeyakinan dan hebat....mungkin juga seorang Kiyai...
Tajuk ceramah Pak Baharuddin pada malam tu ialah Mendidik Anak-anak, dimulakan dengan salam dan bacaan Ummul Kitab serta Salawat seperti biasa seorang penceramah.... apa yang menarik hatiku ialah ungkapan beliau yang berbunyi " mengajar itu bukannya mudah tetapi tarbiyah (mendidik) itu lebih sulit"... lalu beliau menafsirkan perkataan mengajar dan mendidik dengan membuat satu perbandingan dalam bahasa Inggeris. Katanya mengajar itu umpama touch and go....sentuhan dan tiada susulan ke arah memantau dan memberi panduan mengenai salah atau betul sesuatu yang telah diajar tetapi mendidik adalah touch and care, di mana proses mendidik sentiasa berterusan dengan penuh kasih sayang serta tegas dalam menegur mana yang salah dan memuji mana yang betul atau baik tentang tindakan dan tingkah laku anak-anak...
Ditafsirkan anak pula ialah anugerah, pembawa rezeki, amanah Allah, permata hati dan anak juga ialah UJIAN. (huraiannya jelas memberikan kepuasan kepada jemaah yang mendengarnya)
Ibu ditafsirkan sebagai sumber kasih sayang dan bapa ialah kepimpinan. Kasihnya ibu sangat tinggi namun kasih sayang Allah lebih besar dan tinggi sebagaimana dijelaskan dalam kalimah Ar Rahman Ar Rahim dalam Basmalah. Dan bapa pula adalah pemimpin yang bukan sekadar mengarah dan mengerah tetapi menjadi contoh kepada anak-anak..... maka masing-masing ada peranan tersendiri dalam proses mendidik anak-anak...
bersambung...........
No comments:
Post a Comment