Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Monday, February 7, 2011

MELUATNYA TAPI HORMAT...




Anda boleh mencintai ataupun membencinya tetapi hakikatnya, anda tidak boleh mengabaikan tokoh itu.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, ada sahaja inisiatif baru yang diperkenalkan, projek mega atau raksasa dibentangkan mahupun dasar baru dicadangkan.Apa sekalipun diperkatakan baik positif ataupun negatif, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah fenomena politik.
Malah di Amerika, di mana media barat lebih selesa dengan berita-berita mengenai diri mereka sendiri, kelibat Dr Mahathir seringkali juga muncul ke permukaan dari masa ke masa. Sepanjang revolusi Lembah Silikon sekitar tahun 90-an, itu, bekas Perdana Menteri Malaysia itu memancing wang barat dengan menjajakan multimedia super-koridor seperti seorang jurujual perisian komputer.

Dan ketika krisis kewangan Asia, Dr Mahathir memposisikan dirinya sebagai 'Nurani dari Timur', dan seringkali membidas serta mencaci Wall Street (dan tidak terkecuali maki hamun juga ditujukan kepada orang-orang Yahudi) yang didakwa menyerang mata wang di negara ini dan rantaunya. Di Malaysia sendiri, tentu sahaja, nama Mahathir menjadi sebati dengan kontroversi dan percanggahan.

Namun di luar negara, legasinya semakin terserlah dan dilihat dalam konteks 'Pertembungan Peradaban' yang dilihat kini menggantikan Perang Dingin yang suatu ketika begitu menghantui negara-negara barat.
Rentetan itu adalah adalah tema utama dari buku baru saya 'Perbualan Dengan Mahathir Mohamad', judul kedua dalam siri 'Raksasa Asia' (Pemimpin seterusnya yang akan dipaparkan adalah perdana menteri Thailand yang tidak kurang kontroversial, Thaksin Shinawatra).

Persoalan mengenai legasi dianggap penting kerana sejarah mungkin memutuskan untuk mengecilkan kecacatan dan kepincangan serius sepanjang pentadbiran Dr Mahathir dan dalam analisis akhir meletakkan beliau sebagai seorang daripada pemimpin Islam yang paling penting pada abad ke-20. Sejarah mungkin memutuskan bahawa Dr Mahathir sebagai tokoh Islam sederhana Machiavelli ketika barat begitu gentar dengan bangkitnya al-Qaeda.


http://www.malaysiakini.com/news/155366

3 comments:

  1. Biar apapun pandangan khalayak...dia tetap menjadi pencetus kemodenan yang menjadi kebanggaan...(dinikmati oleh semua, biarpun mereka yang tak sealiran dengannya....)Ntahlah.....ada-ada je yang tak kene

    ReplyDelete
  2. Tiada yang sempurna KQ, selagi kita adalah manusia pasti tidak mampu memenuhi kehendak semua rakyat biar sehebat manapun wibawanya kecuali Junjungan Besar Rasulullah SAW,.... Salam Maulidurrasul

    ReplyDelete
  3. Benar....itulah juga antara cabaran yang dihadapi oleh kekasih Allah...suatu ketika dulu. Ada orang pandai cakap je...tapi bila suruh buat....tak tau pulak...

    ReplyDelete