Malam ni sambil meneroka blog teman-teman dan melayan FB, aku terdengar bunyi msg telefon anak daraku..... siapalah yang hantar msg malam2 ni sedangkan anakku ada kat hostel. Bila ku buka dan baca, rupanya msg daripada teman sekolahnya...... tak ada apa yang menarik cuma permainan kata-kata yang bernada mesra dan frasa berima yang dikarang dengan baik... biasanya msg macam ni selalu dihantar teman-teman sempena hari raya atau hari2 yang mengenangkan sesuatu namun ingin juga kukongsi frasa rangkaikata yang kukira baik
KAWAN bukan "1", Tapi berjuta
Bukan Untuk Diguna Tapi Untuk Dijaga
Bukan Untuk Dimusuhi Tapi Untuk Disayangi
Bukan Untuk Sementara Tapi Untuk Selamanya
Bukan Untuk Dilupa Tapi Untuk Diingati
Bukan Untuk Ditinggalkan Tapi Untuk Dirindui
Bukan Hanya Di Sini Tapi Di Mana-mana
Bukan Setakat Ini Tapi Hingga Hujung Nyawa...........
Bila dibaca berulangkali dan dihayati, ada frasa yang mungkin kurang tepat tapi agak sesuailah dengan maksud yang diinginkan pereka frasa tersebut dan pembacanya juga dapat memahami apa yang ingin disampaikan. Kira ok lah tu.......
Lalu teringat kisah seorang temanku yang bercerita tentang pertemuan kembali kawan-kawan lamanya di perjumpaan reunion sekolah lamanya dulu.... masa form 5 di waktu zaman kegemilangan dulu ( pinjam istilah Pak Long... teman baik semasa di SMAI 82-89 hingga kini). Dah lebih 20 tahun berlalu zaman kegemilangan namun bila bertemu kembali, masing-masing berusaha untuk menjadi seperti dulu... dulu badan masih slim dan gebu tapi kini dah kembang dan kematu, dulu rambut berkilat dan ayu, kini bertudung nak lindung yang kian memutih dan kelabu ( bagi wanita ), dulu rambut belah tengah berbunga juga berjambul, kini dah tinggal dahi yang luas menonjol ( bagi lelaki ) .... dulu masing-masing ada pasangan yang kununnya padan dan sejoli tapi kini ramai yang dah berlaki dan berbini... yang single masih ada lagi... ada yang jadi dengan teman kelas sendiri tapi ramai juga yang kini hidup bersendiri...
Apabila bertemu kawan-kawan lama, maka mulalah bercerita kembali kisah-kisah silam zaman kegemilangan masing-masing dulu. Nostalgik sungguh dan mengharapkan teman yang dulu masih seperti dulu.... caring dan understanding... tapi pada usia 40-an manusia ni dah berubah. Hakikatnya ia mematangkan seseorang apatah lagi bila masing-masing sudah melalui pelbagai pahit maung kehidupan.... dulu kita sedar kita amat menyintainya begitu juga dia namun terpisah akibat kejauhan jarak dan masa ( dulu tak ada handfone ) bila tak dapat tulis surat, guna public phone je lah ...tu pun kalau rumah si dia ada telefon. Berpisah bukan kerana tidak sehaluan tapi dek jarak dan masa... kini bertemu semula dalam suasana berbeza, wajarkah kasih dan sayang masa lalu yang entah pupus atau masih bersisa disiram semula agar berputik semula? Andai masih ada lagi sisa-sisa cinta monyet lalu tuntas kembali menjalin hubungan mesra pasti ia sesuatu yang amat bahagia... siapa sangka Tuhan pertemukan kita kembali di usia ini untuk menebus kelalaian masa lalu kita, andai jodoh ada tak ke mana jua jadinya.... cuma bisakah kita jadi seperti dulu? Sedang kini kita sudah dimiliki dan memiliki insan lain yang memang telah ditentukan dia jodoh kita........ pasrah dan rela menerimanya biarpun pertemuan ini mencuit nostalgia yang bisa kembali mengguris luka lama, mampukah kita jadi seperti dulu membiarkan ia berlalu atau wajarkan bina kembali ikatan jiwa biar cuma sekadar penghilang duka dan pendengar setia... resah temanku ada wajarnya, bermain perasaan yang meruntun jiwa boleh rebah andai tiada iman di dada... aku semampunya hanya ketawa hampa.... argggghhhh cerita lama macam drama kat TV3 hahahaha....
Teman sekelas dulu baik sangat, ke sekolah bersama, bermain bersama, bersukan bersama biarpun katanya cuma jadi penyokong setia.... makan tidur bersama dilalui, usik dan tawa, tangis hiba, masing-masing cuba tangani ikut cara jiwa remaja....KINI wajarkah teman baik itu kulayan begitu? Zaman remaja dah berlalu penuh rindu, kedewasaan kita melalui alam rumahtangga kian mematang dan membuatkan kita ingin lebih baik dari dulu namun adakah kawan-kawan kita dulu seperti kita? Mereka melalui tempuh lebih 20 tahun lalu di persekitaran dan suasana yang rasanya terlalu berbeza dengan apa yang pernah kita tempuhi. Lalu apa yang mereka lalui membentuk diri dan sikap yang semestinya berbeza dengan apa yang mereka miliki 20 tahun lalu. Apakah sama pengalaman mereka dengan kita? Mungkin sama namun pendekatan yang berbeza, hinggakan ada teman yang memberi perspektif negataif terhadap seorang teman yang dulu amat baik dengannya hanya kerana sudah lebih 20 tahun tidak bertemu muka sekadar mengetahui teman itu lebih baik hidupnya daripada kita.... adilkah kita menilai dirinya atas kejayaan yang dikecapinya berbanding kita yang berjaya namun tidak sepertinya...hah biarlah temu muka dan berbicara, barulah adil penilaian kita terhadapnya.... usah lagi ada klik2 sendiri, kita kini dah melewati waktu itu lebih 20 tahun lalu, jauhilah rasa kecik hati kita hanya kerana teman kita tidak lagi melayan kita seperti zaman kegemilangan dulu...
Masing-masing ada cerita tersendiri namun kudaoakan moga pertemuan reunion temanku itu tidak berakhir hanya setakat itu, mungkin itulah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih baik dalam berhubungan sebagai kawan yang semestinya patah tumbuh hilang memang tak berganti......... peliharalah kembali hubungan kalian agar berpanjangan hingga akhir hayat seperti kata-kata di atas" Bukan Setakat Ini Tapi Hingga Hujung Nyawa"...... berkawanlah dengan niat ke arah kebaikan demi kesejahteraan bersama dunia dan akhirat kerana ia akan dipersoal semuanya bila kita dibangkitkan di sana.............
Wallahuaklam............
Kawan ketawa senang cari..kawan menangis..biasanye kepada yang Maha Mengasihani lah tempat aku tumpahkan segalanya...
ReplyDeleteKawan hingga hujung nyawa...syukran KQ
ReplyDelete