Memasak di tepi sungai dalam hutan rimba sangat sukar bagi peserta kali ini akibat keadaan yang basah, lewat makan tengahari ........
Membuat usungan bagi membawa peserta yang sakit keluar dari hutan
Aduh...sangat menguji kesabaran dan mencabar kudrat apabila terpaksa mengusung rakan yang sakit keluar dari hutan......
Pendakian yang menyiksakan, kecuramannya mampu melunturkan semangat
Cabaran mengatasi halangan.... kumpulan ini bernasb baik kerana hampir semua pesertanya slim
Melepasi gelungan tayar sambil membawa buluh 'amanah' amat menyakitkan jika tiada kerjasama kumpulan
Merangkak secara mengiring dalam sarang buaya sambil memegang 'buluh amanah'
sangat mencabar bagi mereka yang pertama kali melakukannya..
Aduyaiii...gaya dan cara peserta melepasi halangan sangat berbahaya,
kesilapan strategi membawa padah.....
Kerjasama dalam kumpulan membawa kesenangan walau dalam apa jua keadaan
Kenangan mengendalikan peserta kursus di Kem Alapong amat bermakna. Suka duka mereka terutama kumpulan di bawah seliaan ku pasti menjadi ingatan. Sayangnya, ketika aktiviti berkayak di laut tiada rakaman foto namun sudah kulakarkan dalam post sebelum ini............
No comments:
Post a Comment