Catatan ini adalah sebagian daripada pengalaman hidupku yang ingin dikongsikan bersama di ruang yang kumampu biarpun mungkin hanya secebis dari kisah-kisah yang pernah dilalui oleh orang lain....
Mak ayah tersayang ketika di ruang menunggu di KLIA
Menjadi tetamu Allah di Makkah pastinya menjadi idaman dan cita-cita setiap Muslim. Menunaikan ibadah haji adalah satu-satunya tuntutan yang tidak dapat dilaksanakan melainkan hanya di Makkah. Ibadah yang menjadi kemuncak dalam semua tuntutan ibadah wajib seorang Islam. Aku bersyukur kerana dengan izin dan kehendakNya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji yang lalu 2010/1430H bersama emak dan ayah tercinta. Segalanya bermula apabila emak dan ayah memintaku mengiringi mereka ke Tanah Suci lalu dengan tekad aku berusaha memenuhi segala keperluan. Memang bukan mudah untuk memenuhi permintaan emak dan ayah di ketika keadaan ekonomi yang kurang stabil tetapi apabila tiba masanya malah jemputan ke sana adalah ketetentuanNya maka segalanya dipermudahkanNya. Jika diikutkan giliran yang ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji, emak dan ayah ke Tanah Suci pada tahun 2013. Awal tahun 2010 ketika bercuti selepas tamat cuti belajarku, mak amat beria-ia memintaku menulis surat rayuan kepada TH, memohon agar kami diberikan tempat pada tahun 2010....
Dalam flight KT74 Ayah bersebelahan Cikgu Morad
Awal pagi di Airport Jeddah
Pasport dikumpul sebelum menaiki bas ke Makkah
Dalam MasjidilHaram
Bonda tercinta yang sentiasa bersama di tingkat atas Masjidil Haram
Pemandangan Kaabah dari tingkat atas Masjidil Haram
Kesesakan di Dataran Kaabah
Di luar Masjidil Haram melalui pintu Marwah
Dataran luar masjid waktu petang
Mendamaikan.... suasana dataran luar Masjid waktu petang
Jemaah keluar masuk ke dalam masjid berhampiran Babusalam
Ketenangan waktu petang menantikan waktu Maghrib
Hi!
ReplyDeleteAssalamu 'ualaikum.
My name is Antonio and I am from Lisbon, Portugal.
Congratulations for your blog. Very interesting.
Also, I kindly would like to invite you to pay a visit to mine in http://umcertoriente.blogspot.com/
Thank you and keep up the good work.
Shukran jazilan.
Ma'assalama, insh'Allah.
Cheers,
Aduh.... ini kali ke dua ku cuba post komen... yg pertama td agak panjang juga.....
ReplyDeleteSyabas dan terima kasih kerana sudi upload gambar2 kembara tanah suci saudara. teruskanlah usaha murni kerana pastinye ia akanmemberi manfaat kepada yang mengunjunginye...
Nampaknye ada follower dr jauh.... cubalaha kunjungi blog beliau. Menarik...rasanye sealiran... cuma malangnya bahasa kita tidak sealiran.. mungkin saudara bole selalu2 menghubungi beliau kelak.
Uploada lah bnyak gambar..kerana ianya mampu berbicara sendiri... (biarpun sy suka membaca hasil tulisan saudara yg penuh rasa dan jiwa)
Syukran Ya Akhi Antonio, hope my blog can give you more information.....i've visited your blog too and it very interesting. i need more information about you and your country... especially about history of Islamic at Portugal.
ReplyDeleteTo KQ: Syukran...Alhubbulakawahdaka