Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Saturday, March 19, 2011

Kembara Ibadahku 1

Bertolak dari rumah pada petang Jumaat 29 Oktober 2010 diiringi bacaan doa dan azan oleh jiran-jiran yang datang selepas solat Asar......menaiki van yang dipandu oleh Bang Cik, aku bersama mak dan ayah serta anak dan isteri bangcik menuju ke Rumah Rehat TNB di Batu Feringghi. Kesesakan dalam perjalanan menunggu  feri dan kesibukan jalan di pulau menuju ke Batu Feringghi mengambil masa lebih 3 jam. Malam yang mendebarkan, esok pagi masing-masing bersiap siaga seawal 430 pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan chech in jam 615 pagi. Penerbangan AirAsia AK5353 dari Bayan Lepas berlepas jam 710 pagi tanpa sebarang kelewatan.
Mendarat di LCCT menghampiri jam 800 pagi. Telah sedia menanti temanku, Shubki dengan Alza nya lalu membawa kami ke KLIA. Di sana kami bertemu petugas dari Tabung Haji yang akan membawa kami ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Selepas sarapan, kami menunggu lagi hinggalah menghampiri jam 1100. Bertolak ke Kelana Jaya bersama insan tersayang mengiringi perjalanan yang lancar namun mendebarkan. Di Kelana Jaya melapor diri dan diberi bilik untuk berehat dan mengemas diri. Beg-beg pakaian yang besar dikumpulkan di bahagian lobi depan pintu masuk yang hanya boleh dimasuki oleh jemaah sahaja. Di persekitaran halaman didirikan khemah bagi sanak-saudara yang menghantar menantikan para jemaah berangkat.......Rehat, mandi dan solat Zohor, lalu keluar membeli beberapa keperluan seperti sarung beg.
Setelah berehat seketika, pihak pengurusan tabung haji mengumumkan agar semua jemaah mengambil tag nama, beg sandang dan beberapa keperluan lain daripada kakitangan bertugas di kaunter. Selesai mengambil semua barang-barang, aku mandi sunat ihram dan mula memakai pakaian ihram. Selepas solat sunat ihram di bilik, bersama ayah dan mak semua jemaah KT74 mula berkumpul di lobi dengan beg masing-masing untuk daftar masuk. Semua dokumen seperti pasport antarabangsa dan tag haji diperiksa, beg diimbas seadanya lalu kami dibawa melalui lorong menuju ke dewan tingkat atas di kompleks berkenaan. Taklimat mengenai perjalanan haji kami diberi oleh pegawai berkaitan, bas akan bertolak secara berturutan, semua jemaah diminta beratur menaiki bas. Jam 5 petang, semua 6 buah bas Plusliner sewa khas bertolak beriringan dengan didahului oleh beberapa buah motosikal polis trafik. Wah, hebatnya perjalanan haji di Malaysia. Dalam perjalanan di Lebuh raya ke KLIA, berlaku kesesakan yang agak teruk namun disebabkan bas kami diiringi polis trafik, perjalanan lancar biarpun perlahan. Sepanjang perjalanan, jemaah mula berzikir, bertahmid dengan iringan nasyid labbaikallahummalabaik.......
Memasuki KLIA, bas dibawa masuk terus ke landasan. Di hadapan pintu terminal lapangan terbang, kami diarahkan turun lalu memasuki ruang menunggu dalam terminal. Semua jemaah mula menuju ke bilik air melepaskan hajat dan mengerjakan solat Asar bagi yang belum melaksanakannya. Menunggu seketika sebelum memasuki kapal terbang yang dijangka berangkat jam 7.25 petang......................


Ayahanda di Airport Bayan Lepas

Bersama mak di tingkat 1 Masjidil Haram

Mak bersama seorang jemaah dari Kabupaten Riau, Indonesia berbual-bual sementara menunggu waktu solat.



Kesesakan dataran Kaabah setiap hari menjelang hari Wuquf

Kehadiran jemaah dari seluruh pelusuk dunia tawaf mengelilingi Kaabah memenuhi setiap inci
Dataran Kaabah hingga tiada ruang untuk bersolat............Subhanallah

Pakcik Mehat dan isteri bersama mak menantiku untuk balik ke hotel selepas solat

Ribuan jemaah keluar masuk Masjidilharam tanpa mengira masa 

Di Masjid A'aisyah, Tana'im untuk niat umrah sunat sebelum haji

Pemandangan dari atas bumbung hotel, pembangunan Makkah

Bangunan hotel dan penginapan di Makkah, dari atas bumbung hotel Tingkat 11

Bersesak duduk bersebelahan kerusi roda ayah menanti masuk waktu Jumaat.

No comments:

Post a Comment