Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, March 22, 2011

UJIAN ATAU COBAAAAAN.......?

  • Adakalanya Dia menguji kita dengan kesenangan yang memungkinkan kita lalai kepadaNya, adakalanya Dia menguji kita dengan kesusahan lalu kita mempersalahkanNya, adakala kita diuji dengan celaan dan hinaan hingga kita hilang pertimbangan.... sesungguhnya keimanan dan ketaqwaan serta kesabaran dan kesederhanaan dapat menjadi benteng penahan dari kekufuran...................

    YA Allah, sesungguhnya kesedihan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan, keresahan, kekecewaan dan segala yang memberikan kesulitan yang menyakitkan sama ada dalaman mahupun luaran adalah ujian dariMu... 
    malah kesenangan, kemudahan, kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kepuasan, kehebatan dan segala bentuk yang menyenangkan juga adalah ujian dariMu.......

    Ya Allah.... Yang Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau mengetahui kemampuan ku menghadapi ujian mahupun cubaanMu, jadi jauhilah ujianMu sama ada kesulitan mahupun kesenangan dariku..... hanya kepadaMu aku berserah dan hanya padaMu aku mohon perlindungan

    Ya Allah...kuatkanlah iman dan amalku, azam dan tekadku, redha dan sabarku....moga ketenangan jiwa dan kebijaksanaan akalku mampu menghadapi apa juga ujian dan dugaanMU....hanya padaMu aku memohon, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang................


    Ya Allah.....hanya rahmat dan keredhaanMu kupinta atas segala ikhtiar dan usaha, moga berjaya perolehinya sebagai bekalan hidup di dunia dan akhiratMu di sana....

Saturday, March 19, 2011

Kembara Ibadahku 1

Bertolak dari rumah pada petang Jumaat 29 Oktober 2010 diiringi bacaan doa dan azan oleh jiran-jiran yang datang selepas solat Asar......menaiki van yang dipandu oleh Bang Cik, aku bersama mak dan ayah serta anak dan isteri bangcik menuju ke Rumah Rehat TNB di Batu Feringghi. Kesesakan dalam perjalanan menunggu  feri dan kesibukan jalan di pulau menuju ke Batu Feringghi mengambil masa lebih 3 jam. Malam yang mendebarkan, esok pagi masing-masing bersiap siaga seawal 430 pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan chech in jam 615 pagi. Penerbangan AirAsia AK5353 dari Bayan Lepas berlepas jam 710 pagi tanpa sebarang kelewatan.
Mendarat di LCCT menghampiri jam 800 pagi. Telah sedia menanti temanku, Shubki dengan Alza nya lalu membawa kami ke KLIA. Di sana kami bertemu petugas dari Tabung Haji yang akan membawa kami ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Selepas sarapan, kami menunggu lagi hinggalah menghampiri jam 1100. Bertolak ke Kelana Jaya bersama insan tersayang mengiringi perjalanan yang lancar namun mendebarkan. Di Kelana Jaya melapor diri dan diberi bilik untuk berehat dan mengemas diri. Beg-beg pakaian yang besar dikumpulkan di bahagian lobi depan pintu masuk yang hanya boleh dimasuki oleh jemaah sahaja. Di persekitaran halaman didirikan khemah bagi sanak-saudara yang menghantar menantikan para jemaah berangkat.......Rehat, mandi dan solat Zohor, lalu keluar membeli beberapa keperluan seperti sarung beg.
Setelah berehat seketika, pihak pengurusan tabung haji mengumumkan agar semua jemaah mengambil tag nama, beg sandang dan beberapa keperluan lain daripada kakitangan bertugas di kaunter. Selesai mengambil semua barang-barang, aku mandi sunat ihram dan mula memakai pakaian ihram. Selepas solat sunat ihram di bilik, bersama ayah dan mak semua jemaah KT74 mula berkumpul di lobi dengan beg masing-masing untuk daftar masuk. Semua dokumen seperti pasport antarabangsa dan tag haji diperiksa, beg diimbas seadanya lalu kami dibawa melalui lorong menuju ke dewan tingkat atas di kompleks berkenaan. Taklimat mengenai perjalanan haji kami diberi oleh pegawai berkaitan, bas akan bertolak secara berturutan, semua jemaah diminta beratur menaiki bas. Jam 5 petang, semua 6 buah bas Plusliner sewa khas bertolak beriringan dengan didahului oleh beberapa buah motosikal polis trafik. Wah, hebatnya perjalanan haji di Malaysia. Dalam perjalanan di Lebuh raya ke KLIA, berlaku kesesakan yang agak teruk namun disebabkan bas kami diiringi polis trafik, perjalanan lancar biarpun perlahan. Sepanjang perjalanan, jemaah mula berzikir, bertahmid dengan iringan nasyid labbaikallahummalabaik.......
Memasuki KLIA, bas dibawa masuk terus ke landasan. Di hadapan pintu terminal lapangan terbang, kami diarahkan turun lalu memasuki ruang menunggu dalam terminal. Semua jemaah mula menuju ke bilik air melepaskan hajat dan mengerjakan solat Asar bagi yang belum melaksanakannya. Menunggu seketika sebelum memasuki kapal terbang yang dijangka berangkat jam 7.25 petang......................


Ayahanda di Airport Bayan Lepas

Bersama mak di tingkat 1 Masjidil Haram

Mak bersama seorang jemaah dari Kabupaten Riau, Indonesia berbual-bual sementara menunggu waktu solat.



Kesesakan dataran Kaabah setiap hari menjelang hari Wuquf

Kehadiran jemaah dari seluruh pelusuk dunia tawaf mengelilingi Kaabah memenuhi setiap inci
Dataran Kaabah hingga tiada ruang untuk bersolat............Subhanallah

Pakcik Mehat dan isteri bersama mak menantiku untuk balik ke hotel selepas solat

Ribuan jemaah keluar masuk Masjidilharam tanpa mengira masa 

Di Masjid A'aisyah, Tana'im untuk niat umrah sunat sebelum haji

Pemandangan dari atas bumbung hotel, pembangunan Makkah

Bangunan hotel dan penginapan di Makkah, dari atas bumbung hotel Tingkat 11

Bersesak duduk bersebelahan kerusi roda ayah menanti masuk waktu Jumaat.

Saturday, March 12, 2011

Kembara Ibadahku

Assalamualaikumwarahmatullah.....dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, salawat serta salam buat junjungan besar Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh pejuang Islam yang berterusan menyampaikan seruan dakwah hingga sampai ke generasi kini di seluruh alam ini, moga Allah melimpahkan segala rahmat dan keredhaanNya kepada kita semua........
Catatan ini adalah sebagian daripada pengalaman hidupku yang ingin dikongsikan bersama di ruang yang  kumampu biarpun mungkin hanya secebis dari kisah-kisah yang pernah dilalui oleh orang lain....

Mak ayah tersayang ketika di ruang menunggu di KLIA

Menjadi tetamu Allah di Makkah pastinya menjadi idaman dan cita-cita setiap Muslim. Menunaikan ibadah haji adalah satu-satunya tuntutan yang tidak dapat dilaksanakan melainkan hanya di Makkah. Ibadah yang menjadi kemuncak dalam semua tuntutan ibadah wajib seorang Islam. Aku bersyukur kerana dengan izin dan kehendakNya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji yang lalu 2010/1430H bersama emak dan ayah tercinta. Segalanya bermula apabila emak dan ayah memintaku mengiringi mereka ke Tanah Suci lalu dengan tekad aku berusaha memenuhi segala keperluan. Memang bukan mudah untuk memenuhi permintaan emak dan ayah di ketika keadaan ekonomi yang kurang stabil tetapi apabila tiba masanya malah jemputan ke sana adalah ketetentuanNya maka segalanya dipermudahkanNya. Jika diikutkan giliran yang ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji, emak dan ayah ke Tanah Suci pada tahun 2013. Awal tahun 2010 ketika bercuti selepas tamat cuti belajarku, mak amat beria-ia memintaku menulis surat rayuan kepada TH, memohon agar kami diberikan tempat pada tahun 2010....

Dalam flight KT74 Ayah bersebelahan Cikgu Morad
Awal pagi di Airport Jeddah
Pasport dikumpul sebelum menaiki bas ke Makkah

Dalam MasjidilHaram

Bonda tercinta yang sentiasa bersama di tingkat atas Masjidil Haram

Pemandangan Kaabah dari tingkat atas Masjidil Haram


Kesesakan di Dataran Kaabah


Di luar Masjidil Haram melalui pintu Marwah


\
Dataran luar masjid waktu petang

Mendamaikan.... suasana dataran luar Masjid waktu petang


Jemaah keluar masuk ke dalam masjid berhampiran Babusalam

Ketenangan waktu petang menantikan waktu Maghrib


AURAT WANITA?

Seloka Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.


Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Kasut tinggi cuba jauhi,Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.


Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.


Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.



Dipetik dari http://lutfimj2006.blogspot.com/
 
Ingatan untuk diriku yang masih belum mampu mengawasi dan memastikan tanggunganku memenuhi tuntutan syara' secara sempurna...moga diberikan kekuatan untuk diriku terus berusaha menyeru mereka ke arah mendapatkan keredhaanNya.

LAGUKU BUAT B


Teriring Doa

Bersama salam ku kirim
Teriring doa dan restu
Sepenuh kasih nan syahdu
Terimalah kasih ku

Sungguh pun jauh terpisah
Dihati dekat selalu
Kekasih usah gelisah...
Tenangkan lah hatimu

( korus )
Biarkan masa beredar
Hari pun berganti minggu
Hadapilah dengan sabar... Oh sayang ku
Kuatkan tekadmu intan
Tempuhi segala rintangan
Pastikan kita bertemu kau dan aku

KETABAHAN ALAPONG




Memasak di tepi sungai dalam hutan rimba sangat sukar bagi peserta kali ini akibat keadaan yang basah, lewat makan tengahari ........

Membuat usungan bagi membawa peserta yang sakit keluar dari hutan


Aduh...sangat menguji kesabaran dan mencabar kudrat apabila terpaksa mengusung rakan yang sakit keluar dari hutan......

Pendakian yang menyiksakan, kecuramannya mampu melunturkan semangat

Cabaran mengatasi halangan.... kumpulan ini bernasb baik kerana hampir semua pesertanya slim

Melepasi gelungan tayar sambil membawa buluh 'amanah' amat menyakitkan jika tiada kerjasama kumpulan

Merangkak secara mengiring dalam sarang buaya sambil memegang 'buluh amanah'
 sangat mencabar bagi mereka yang pertama kali melakukannya..

Aduyaiii...gaya dan cara peserta melepasi halangan sangat berbahaya,
kesilapan strategi membawa padah.....


 Kerjasama dalam kumpulan membawa kesenangan walau dalam apa jua keadaan


Inilah peserta kumpulan Phoenix di bawah seliaanku. Tahniah atas kejayaan sebagai kumpulan terpantas mengatasi semua halangan............terima kasih buat Jurulatih Kem, En. Ehsan. 


Kenangan mengendalikan peserta kursus di Kem Alapong amat bermakna. Suka duka mereka terutama kumpulan di bawah seliaan ku pasti menjadi ingatan. Sayangnya, ketika aktiviti berkayak di laut tiada rakaman foto namun sudah kulakarkan dalam post sebelum ini............

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi dan Tsunami Jepun

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

NONEKira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

NONEAgensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.


Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

NONEStesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.


Copy dari:
http://www.malaysiakini.com/news/158397


Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh
TOKYO: Gempa bumi terkuat tahun ini yang melanda Utara Jepun petang Jumaat pada skala richter 8.9 magnitud telah mengorbankan tidak kurang dari 300 orang setakat ini.
Gempa bumi itu bukan sahaja meranapkan begitu banyak rumah kediaman dan bangunan komersial malah telah mencetuskan ombak tsunami di lautan Pasifik.
Agensi Polis Kebangsaan Jepun yang bertanggungjawab mengumpul maklumat terkini bencana alam itu berkata, 110 people orang telah disahkan terkorban dan 350 orang lagi dilaporkan hilang.
"Jumlah ini belum diambil kira laporan yang mengatakan antara 200 hingga 300 mayat lagi ditemui bergelimpangan di pantai Sendai akibat tsunami," kata agensi tersebut.

Wednesday, March 9, 2011

BICARA DARI KEM A

Minggu ini aku hadir lagi ke Kem A dengan perasaan yang agak kurang menyenangkan dan mood yang layu. Atas rasa tanggungjawab dan terpaksa menjengah lagi ke sini, memandangkan pengendalian aktiviti kali ini dilingkari dengan sesuatu yang terlalu rigid dan membosankan. Apapun kehadiranku disenangi terutama pemilik dan pekerja kem yang mula menunjukkan minat mengenaliku dengan lebih mendalam. Mengendalikan peserta seramai 62 orang dalam kalangan orang muda berpendidikan tinggi bercampur dengan golongan yang agak berusia dalam sebuah kumpulan bukanlah sesuatu yang baru. Cuma apa yang kurang menyenangkan apabila aku hanya diberi peranan mengendalikan sesi tertentu sahaja, sedangkan aktiviti yang sepatutnya dilaksanakan dengan lebih sempurna dan menyeronokkan dilaksanakan oleh orang lain yang pada pandanganku kurang menepati intipati objektifnya. Biarpun dalam satu pasukan, ketegaran terlalu bergantung kepada modul yang dibekalkan amat menyiksakan hatiku bila dilaksanakan. Ia bukan kerana rasa cemburu tidak diberikan tugas tersebut tetapi berdasarkan pengalaman lalu, ketika aku bersama-sama teman yang lebih senior terasa lebih menyeronokkan dan sempurna. Mungkin masih cetek pengalaman di samping keterbawaan dengan cara tersendiri menjadikan pengendalian aktiviti kali ini nampak kurang segar dan membosankan. Apapun aku tetap mengikuti setiap sesi dengan cara berdiam diri kecuali sesi di bawah kendalianku, cuba kusampaikan sebaik mungkin agar peserta memperolehi ilmu dan kepuasan sebenar yang mungkin tidak dapat di tempat yang lain.......
Hari pertama, aku cuma mematikan diri dengan memerhatikan teman-teman lain. Masing-masing cuba menunjukkan kehebatan mengendalikan sesi masing-masing namun akibat masih muda pengalaman, terasa seumpama pengendalian kem motivasi sekolah. Bukan memandang rendah kepada teman-teman namun sesi sedemikian jelas ketara menunjukkan kekurangan pengalaman pengendalinya. Bagaimanakah aktiviti akan mewujudkan kerjasama dan menarik andai tiada suasana taaruf dalam kalangan peserta yang baru pertama kali bersua muka apatah lagi wujud jurang pemisah yang agak ketara dari segi umur dan kelulusan akademik. Bila cuba kucadangkan, sewenang-wenangkan alasan tiada dalam modul digunakan. Tak apalah, sehari berlalu dengan suasana agak tegang dengan ruang sesi dilimpahi dengan kata-kata ugutan yang hanya menimbulkan tekanan buat peserta.......
Hari kedua adalah hari yang amat kunantikan kerana kumpulan kendalianku akan melaksanakan aktiviti air. Sesudah menyelesaikan sesiku di awal pagi, peserta dibawa ke pantai bermain ombak sambil diberi penerangan dan penjelasan mengenai kemahiran mengendalikan kayak dan berenang. Oleh kerana majoriti peserta kali ini adalah perempuan, aktiviti water confident dipenuhi dengan jeritan dan tawa yang menyeronokkan hingga mereka lupa bakal menempuhi satu keadaan yang sukar selepas itu. Ombak laut masih menghempas pantai biarpun kurang besar kerana air semakin surut..... semua peserta mula memikul kayak masing-masing berpasangan menuruni pantai yang landai menuju ke gigi air yang tak pernah layu menghempas daratan. Dengan memasang kemas life jacket berwarna oren, aku mengeluarkan kayak scrambler single seater sambil menggenggam erat pendayung lalu memikulnya ke pantai. Semua peserta sudah bersedia, aku meluncurkan kayak ke air lalu mengayuhnya memecah beberapa ombak sederhana yang cuba mencabar kemahiranku mengatasinya. Peserta-peserta juga demikian dan hampir semuanya berjaya melepasi halangan ombak terus meluncur di permukaan air biarpun terumbang ambing dirempuh ombak. Aku menantikan teman-teman lain yang menggunakan bot berlepas menuju ke tengah laut, kayuhan demi kayuhan menenangkan hatiku bila menempuhi badai yang kian reda. Alunan air serta aromanya membuatkan aku terlalu merindui saat-saat aku berkayak beberapa tahun lalu bersama si dia....menyusuri Pantai Damai hingga ke Tanjung Leman, berdua bersama memerah tenaga sambil berbual mesra. Jalinan kasih sayang dan kemesraan membuatkan suasana laut menjadi tenang dan indah umpama hanya kami berdua berada di dunia ini. Kini saat-saat itu sudah berlalu, hanya badai yang sering melanda...mungkinkah andai kini aku berkayak lagi bersamanya suasana tidak lagi seperti dulu. Ya... manusia berubah mengikut masa dan persekitarannya, adakah aku juga?
Di tengah lautan hampir 3-4km dari pantai, peserta mula berkumpul melakukan aktiviti air dengan melakukan formasi berdiri di dalam kayak yang terapung di tengah laut. Ramai kurang yakin dan mula gelisah namun berkat keyakinan yang diberikan jurulatih air, mereka dapat lakukannya. Sayangnya aku tidak membawa camera mahupun handphone bagi merakamkan saat itu. Seterusnya, aktiviti membalikkan kayak dan menyelamat diajar dan dilakukan oleh semua peserta. Pelbagai ragam peserta dapat dilihat, aku sekadar memerhati dan menilai peserta di bawah jagaanku. 2-3 orang mula mabuk laut dan minta untuk naik ke atas bot namun hanya seorang yang dibenarkan. Semua peserta berjaya melakukan aktiviti menyelamat di air biarpun ramai yang kekeringan darah dan kehabisan tenaga. Aku terus mendayung mengelilingi kudukan peserta dan membantu sekadar perlu........... tiba-tiba awan hitam muncul di kaki laut sebelah timur dan di sebelah tenggara pula kelihatan gumpalan hujan menuju ke arah lautan, ombak mula mengalunkan kayak yang terkapai-kapai dibuai alunan arus yang kian deras. Jurulatih kem di atas bot mula mengarah peserta ke pantai Tanjung Pelandok yang kelihatan dihiasi batu-batu hitam yang menjojol di gigi pantai... aku mendahului peserta lalu mengayuh paddle membelah alunan ombak yang nampak mula nakal melambung dan membuai kayakku. Menghampiri pantai Tanjung Pelandok tanpa sempat memusingkan kayak untuk melihat ombak di belakangku, lalu dengan derasnya hingga hilang kawalan kayakku ditolak dan dihempas ke  pantai membuatkan aku terhumban ke dalam air cetek di pesisiran. Bangun dan terus menyambar kayak lalu kuheret ke daratan, sambil kulihat ramai peserta yang keletihan mula mendarat dan karam di samping melanggar antara satu sama lain. Semuanya selamat sampai ke pantai biarpun karam di gigi air yang menghempas masing-masing rebah........ pastinya satu pengalaman yang sukar dilupakan buat peserta yang pertamakali mengendalikan kayak.
Memasak dan makan tengahari di bawah pohonan kayu tua di pantai Tanjung Pelandok amat menyeronokkan umpama terlepas dari satu siksaan buat peserta kali ini. Rasa gerun muncul semula bila selesai refleksi kumpulan hingga ada peserta bertanya adakah ada jalan balik menggunakan jalan daratan. Aku tersenyum dan menyatakan tiada siapa yang dapat meninggalkan pantai Tanjung Pelandok tanpa menggunakan kayak untuk balik semula ke kem. Kulihat laut mula menunjukkan belangnya, ombak yang menghempas pantai kian meninggi dan alunan air kelihatan memutih berarus deras menghempap batu-batu hitam yang tenggelam timbul. Aku memberikan kata-kata semangat sebelum semua peserta mula mengemas barang dan memikul kayak ke pantai semula. Seperti lazimnya, aku memulakan luncuran ke gigi air lalu mencelapak ke atas kayak yang terumbang-ambing dibuai ombak pantai. Melepasi dua tiga lambungan ombak aku terus meluncur ke tengah dan melihat peserta mula berkayuh mengikutiku. 2-3 buah kayak karam dan cuba lagi memecah kekuatan ombak kian ganas di gigi air. Akhirnya semua peserta berjaya melepasinya dan terus menuju ke tengah laut semula. Aku rasa terbuai-buai dilambung alunan ombak membuatkan ...................
bersambung lagi..................