Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, April 19, 2011

Sembang PRU DUN Sarawak

Dah lama tak update blog ni, kesibukan yang entah apa-apa....mengganggu jiwa dengan rutin yang agak berbeza. Kesibukan mengikuti kempen PRU DUN Sarawak agak membuatkan aku terleka hingga blogku ini sepi seketika...........tapi cuma satu malam saja aku ikuti kempen bersama teman di seberang Tebingan Sungai Sarawak sambil makan sate. Aneh dan agak luar biasa bila melihat suasana kempen parti yang diadakan bersebelahan........pengunjung dapat mendengar dari kedua-dua belah pihak bila ceramah diadakan dalam jarak cuma lebih kurang 50m antara stage masing-masing. Senator Mat Ezam, Tok Man Bedul dan Tok Dris berceramah di bawah kanopi atas jalan menghadap berpuluh-puluh penyokong dengan pembesar suara yang berskala agak besar. Kandungan ucapan yang penuh sumpah seranah dan lucah mendedahkan segala busung dan nanah yang sememangnya terdedah di media Malaysia yang amat terbuka bila membicarakan kes ketua pembangkang...apatah lagi kisah terkini video hitam putih yang seluruh dunia bisa melihatnya biar cuma seketika. Tiada modal dan isu yang boleh mematangkan minda politik rakyat Sarawak melainkan ucapan penuh sumpahan dan menunjukkan kelemahan diri yang kian nyata serta riak. Aku berfikir, andai inilah cara berpolitik di Malaysia demi menjaga kuasa yang ada.....apakah anak muda kini boleh memikirkan betapa andainya puak-puak yang sedang bercakap ini menjadi menteri atau perdana menteri. Pasti hancur moral rakyat Malaysia di masa akan datang......bertambah sedih bila penyokong-penyokong bermotosikal membawa bendera biru tua tanpa memakai topi keledar berulang alik lalu di laluan yang sesak di hadapan pentas ceramah diketuai oleh seorang tua berumur dengan muka sombong diikuti anak-anak muda yang memang nampak ghairah dan juah. ....
Di pentas sebelah di hadapan rumah penduduk menghadap ke tebingan sungai, Azmin, Wan Zainal dan beberapa orang lagi juga hangat menyampaikan hujah-hujah dan isu-isu setempat dan antarabangsa yang menarik ratusan mungkin pendengar dengan alat pembesar suara yang kurang apatah lagi diselangi suara dari bawah kanopi. Pengakhirnya, muncul ketua pembangkang parlimen yang dengan penuh kewibawaan biarpun dipaluti dengan beribu tohmah dan fitnah nampak tenang menyampaikan ceramah yang berinformasi tentang kedudukan rakyat Sarawak di masa hadapan. Gaya dan bahasa penyampaian yang menarik amat mengkagumkan pendengar yang kian ramai hingga bersesak di atas jalan hingga ke tebingan. Nampak amat bergaya sebagai pejuang rakyat....walau diduga dengan pelbagai ujian, ketahanan diri amat terserlah pada usia melewati 60 tahun. Amat hebat berbanding orang lain, tak dapat kubayangkan betapa seorang tua yang demikian bisa berbicara sejak petang tadi di beberapa tempat yang letaknya dalam lingkungan 100km boleh berbicara segagah itu...... Dan hanya rakyat Sarawak termasuk aku yang bisa menentukan masa depan untuk 5 tahun ini siapakah yang baka ditabal sebagai pemimpin Sarawak.
Seminggu yang penuh dengan kekalutan politik yang menyerlahkan ketaksuban dan kehangatan perang poster serta kempen yang tiada kesudahan. Media elektronik dan sebagainya mendendangkan irama-irama ganas dan slow, mencurah segala yang terkandung dan terkendong, keji mengeji, meluah yang terpendam malah mendedah yang tersimpan rapi.......lalu kadang-kadang aku berasa malu menjadi rakyat Malaysia bila suasana begini muncul,,,,
16 April, aku pergi menunaikan tanggungjawabku memangkah pilihan hati 30 minit sebelum berakhirnya masa mengundi. Tiada sesiapa pengundi selain aku menaiki perahu menyusuri sungai yang mendedahkan puluhan rumah kayu usang lambang kedhaifan nelayan setempat yang dihiasi bendera warna warni. Sampai di pengkalan, aku berjalan di atas jalan simen melewati padang menuju ke bangunan sekolah yang nampak sepi. Hanya beberapa orang petugas parti mungkin, menyapaku di pertengahan jalan....masuk ke dalam bagunan sekolah lalu menunaikan tanggungjawabku. Pilihanku pastinya........undi adalah rahsia. Perjalanan balik aku menyusuri laluan simen kampung dari hulu hingga ke hilir, banyak rumah yang kulewati nampak usang dan dhaif luarnya tetapi hiasan dalaman nampak macam hebat ditambah pula dengan pemilikan stesyen tv berbayar. Hebat juga kampung ni yang kukunjung setahun beberapa kali sejak beberapa tahun dulu..... malamnya aku terpaku seketika di hadapan tv melihat perkembangan terkini keputusan semasa.....ubahkah atau berubah minda rakyat ...... jawapannya hanya orang-orang Cina berani menyatakan ketidakpuasan hati mereka melalui undi namun di kawasan Melayu dan Bumiputera lain, nampaknya masih seperti dulu. Memang sudah kujangka...........Tahniah kepada yang berjaya, yang tewas tunggulah lima tahun lagi....

Kini semua kesibukan itu berakhir, hidup diteruskan seperti biasa....rakyat tetap macam tu, pemimpin kian gah bertahta melaung kemenangan dari suara hati rakyat...mereka masih pilihan hati. Terbukti melalui undi yang diterima masing-masing gah denga kelebihan majoriti. Syukurlah tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku, begitulah harmonisnya kehidupan rakyat Sarawak.

Sunday, April 10, 2011

WANITA YANG MACAMANA KENA JAUHI?

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1026/Wanita-yang-patut-dijauhi-oleh-lelaki

Bole percaya ke? Aku dah jumpa dan kenali berbagai-bagai jenis wanita...ade kalanya memang seperti yang di atas namun tak semestinya setiap wanita yang dilabelkan begitu sifatnya. Semuanya bergantung kepada niat kita dan dia....andai niat kita baik, niat dia tidak...mana mungkin akan berpanjangan...sesungguhnya kebenaran akan terserlah. Keikhlasan seseorang hanya Allah dan dia sendiri yang tahu.... apa juga anggapan kita adalah berbentuk prasangka namun andai kecewa di tangan mereka, pastilah terbukti kepincangan hatinya.... siapalah kita untuk menghukum wanita, terima mereka seadanya adalah sebaiknya kerana lelaki adalah pembela wanita bukannya jadi kuda tunggangan mereka untuk berjaya. Kekuatan lelaki pada kudrat mereka, namun kekuatan wanita pada kejujurannya....biasanya terlindung di sebalik kaca yang keruh akibat retakan atau kelunturan sirnanya....

TuAkaH AkU....???

10 ciri2 kita dah TUA!!

Betul ke????


ade ke yg mcm ni....

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...

3. Dulu, masa tidur menghadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung
saja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai sudah la...!"

6. Dulu, kalau nak ke mana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tengok dia...hiyyyy! !!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT di 10:07:00 PM


Nampaknya aku masih belum tua lagi sebab ada beberapa ciri di atas yang takde kena mengena dengan aku..
hehehe....

Tuesday, April 5, 2011

JANGAN BIARKAN PARLIMEN JADI PAWAGAM FILEM LUCAH........

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

TERKINI @ 11:12:43 PM 05-04-2011
April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba “membawa budaya politik lucah” ke Parlimen.
Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.
Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.
“Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.
“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.
“Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita,” katanya.
“Saya berdoa agar Allah s.w.t memberikan kekuatan akli dan emosi kpd Tan Sri Speaker bagi menjaga martabat Malaysia melalui tatacara Parlimen yang bertamadun, berakhlak dan berfikiran waras dalam menjaga kepentingan negara,” katanya.
Tengah hari tadi, Pandikar menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan “Datuk T”, di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditayangkan ketika sidang Parlimen, yang berakhir minggu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga menyokong idea itu semalam.
Pandikar juga menegaskan imuniti Parlimen tidak sepatutnya disalah guna dan ahli Parlimen tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk agenda politik dan peribadi.
Saf Anti Lucah (SAF) juga meminta ahli-ahli Parlimen tidak salah guna imuniti sehingga mencemarkan institusi Parlimen.

Petikan dari::
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perlis-rakyat-wajar-tolak-budaya-politik-lucah-di-parlimen/

Saturday, April 2, 2011

Politik Lucah dan Menjengkelkan Amat Memualkan Rakyat

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam
blognya.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.

Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.

Tuesday, March 22, 2011

UJIAN ATAU COBAAAAAN.......?

  • Adakalanya Dia menguji kita dengan kesenangan yang memungkinkan kita lalai kepadaNya, adakalanya Dia menguji kita dengan kesusahan lalu kita mempersalahkanNya, adakala kita diuji dengan celaan dan hinaan hingga kita hilang pertimbangan.... sesungguhnya keimanan dan ketaqwaan serta kesabaran dan kesederhanaan dapat menjadi benteng penahan dari kekufuran...................

    YA Allah, sesungguhnya kesedihan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan, keresahan, kekecewaan dan segala yang memberikan kesulitan yang menyakitkan sama ada dalaman mahupun luaran adalah ujian dariMu... 
    malah kesenangan, kemudahan, kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kepuasan, kehebatan dan segala bentuk yang menyenangkan juga adalah ujian dariMu.......

    Ya Allah.... Yang Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau mengetahui kemampuan ku menghadapi ujian mahupun cubaanMu, jadi jauhilah ujianMu sama ada kesulitan mahupun kesenangan dariku..... hanya kepadaMu aku berserah dan hanya padaMu aku mohon perlindungan

    Ya Allah...kuatkanlah iman dan amalku, azam dan tekadku, redha dan sabarku....moga ketenangan jiwa dan kebijaksanaan akalku mampu menghadapi apa juga ujian dan dugaanMU....hanya padaMu aku memohon, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang................


    Ya Allah.....hanya rahmat dan keredhaanMu kupinta atas segala ikhtiar dan usaha, moga berjaya perolehinya sebagai bekalan hidup di dunia dan akhiratMu di sana....

Saturday, March 19, 2011

Kembara Ibadahku 1

Bertolak dari rumah pada petang Jumaat 29 Oktober 2010 diiringi bacaan doa dan azan oleh jiran-jiran yang datang selepas solat Asar......menaiki van yang dipandu oleh Bang Cik, aku bersama mak dan ayah serta anak dan isteri bangcik menuju ke Rumah Rehat TNB di Batu Feringghi. Kesesakan dalam perjalanan menunggu  feri dan kesibukan jalan di pulau menuju ke Batu Feringghi mengambil masa lebih 3 jam. Malam yang mendebarkan, esok pagi masing-masing bersiap siaga seawal 430 pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan chech in jam 615 pagi. Penerbangan AirAsia AK5353 dari Bayan Lepas berlepas jam 710 pagi tanpa sebarang kelewatan.
Mendarat di LCCT menghampiri jam 800 pagi. Telah sedia menanti temanku, Shubki dengan Alza nya lalu membawa kami ke KLIA. Di sana kami bertemu petugas dari Tabung Haji yang akan membawa kami ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Selepas sarapan, kami menunggu lagi hinggalah menghampiri jam 1100. Bertolak ke Kelana Jaya bersama insan tersayang mengiringi perjalanan yang lancar namun mendebarkan. Di Kelana Jaya melapor diri dan diberi bilik untuk berehat dan mengemas diri. Beg-beg pakaian yang besar dikumpulkan di bahagian lobi depan pintu masuk yang hanya boleh dimasuki oleh jemaah sahaja. Di persekitaran halaman didirikan khemah bagi sanak-saudara yang menghantar menantikan para jemaah berangkat.......Rehat, mandi dan solat Zohor, lalu keluar membeli beberapa keperluan seperti sarung beg.
Setelah berehat seketika, pihak pengurusan tabung haji mengumumkan agar semua jemaah mengambil tag nama, beg sandang dan beberapa keperluan lain daripada kakitangan bertugas di kaunter. Selesai mengambil semua barang-barang, aku mandi sunat ihram dan mula memakai pakaian ihram. Selepas solat sunat ihram di bilik, bersama ayah dan mak semua jemaah KT74 mula berkumpul di lobi dengan beg masing-masing untuk daftar masuk. Semua dokumen seperti pasport antarabangsa dan tag haji diperiksa, beg diimbas seadanya lalu kami dibawa melalui lorong menuju ke dewan tingkat atas di kompleks berkenaan. Taklimat mengenai perjalanan haji kami diberi oleh pegawai berkaitan, bas akan bertolak secara berturutan, semua jemaah diminta beratur menaiki bas. Jam 5 petang, semua 6 buah bas Plusliner sewa khas bertolak beriringan dengan didahului oleh beberapa buah motosikal polis trafik. Wah, hebatnya perjalanan haji di Malaysia. Dalam perjalanan di Lebuh raya ke KLIA, berlaku kesesakan yang agak teruk namun disebabkan bas kami diiringi polis trafik, perjalanan lancar biarpun perlahan. Sepanjang perjalanan, jemaah mula berzikir, bertahmid dengan iringan nasyid labbaikallahummalabaik.......
Memasuki KLIA, bas dibawa masuk terus ke landasan. Di hadapan pintu terminal lapangan terbang, kami diarahkan turun lalu memasuki ruang menunggu dalam terminal. Semua jemaah mula menuju ke bilik air melepaskan hajat dan mengerjakan solat Asar bagi yang belum melaksanakannya. Menunggu seketika sebelum memasuki kapal terbang yang dijangka berangkat jam 7.25 petang......................


Ayahanda di Airport Bayan Lepas

Bersama mak di tingkat 1 Masjidil Haram

Mak bersama seorang jemaah dari Kabupaten Riau, Indonesia berbual-bual sementara menunggu waktu solat.



Kesesakan dataran Kaabah setiap hari menjelang hari Wuquf

Kehadiran jemaah dari seluruh pelusuk dunia tawaf mengelilingi Kaabah memenuhi setiap inci
Dataran Kaabah hingga tiada ruang untuk bersolat............Subhanallah

Pakcik Mehat dan isteri bersama mak menantiku untuk balik ke hotel selepas solat

Ribuan jemaah keluar masuk Masjidilharam tanpa mengira masa 

Di Masjid A'aisyah, Tana'im untuk niat umrah sunat sebelum haji

Pemandangan dari atas bumbung hotel, pembangunan Makkah

Bangunan hotel dan penginapan di Makkah, dari atas bumbung hotel Tingkat 11

Bersesak duduk bersebelahan kerusi roda ayah menanti masuk waktu Jumaat.