Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, April 5, 2011

JANGAN BIARKAN PARLIMEN JADI PAWAGAM FILEM LUCAH........

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

TERKINI @ 11:12:43 PM 05-04-2011
April 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyambut baik ketegasan Speaker Dewan Rakyat menolak tayangan video seks tetapi mahu rakyat menentang pihak yang cuba “membawa budaya politik lucah” ke Parlimen.
Kata beliau, politik akhlak dan adab mesti dijadikan sebagai kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua ahli politik di Malaysia.
Sementara Malaysia sedang menuju kematangan dalam demokrasi berparlimen, kata tokoh agama ini, sikap pihak yang tidak bertamadun mesti ditolak.
“Sikap pihak-pihak yang tidak bertamadun, sukakan kontroversi tanpa memikirkan norma akhlak dan adab kemanusiaan mesti ditolak,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru kata Juanda, beliau menyambut baik ketegasan Parlimen menolak idea agar rakaman video seks dipertontonkan kepada wakil rakyat untuk menentukan ketulenan.
“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas penolakan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia), Speaker Dewan Rakyat terhadap usaha pihak yang kotor akal dan fikirannya untuk menayangkan video seks di Parlimen.
“Tan Sri Speaker wajar dipuji kerana terus berusaha keras mempertahankan kemuliaan Islam dan Parlimen negara kita,” katanya.
“Saya berdoa agar Allah s.w.t memberikan kekuatan akli dan emosi kpd Tan Sri Speaker bagi menjaga martabat Malaysia melalui tatacara Parlimen yang bertamadun, berakhlak dan berfikiran waras dalam menjaga kepentingan negara,” katanya.
Tengah hari tadi, Pandikar menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan “Datuk T”, di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditayangkan ketika sidang Parlimen, yang berakhir minggu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga menyokong idea itu semalam.
Pandikar juga menegaskan imuniti Parlimen tidak sepatutnya disalah guna dan ahli Parlimen tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk agenda politik dan peribadi.
Saf Anti Lucah (SAF) juga meminta ahli-ahli Parlimen tidak salah guna imuniti sehingga mencemarkan institusi Parlimen.

Petikan dari::
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mufti-perlis-rakyat-wajar-tolak-budaya-politik-lucah-di-parlimen/

No comments:

Post a Comment