- Adakalanya Dia menguji kita dengan kesenangan yang memungkinkan kita lalai kepadaNya, adakalanya Dia menguji kita dengan kesusahan lalu kita mempersalahkanNya, adakala kita diuji dengan celaan dan hinaan hingga kita hilang pertimbangan.... sesungguhnya keimanan dan ketaqwaan serta kesabaran dan kesederhanaan dapat menjadi benteng penahan dari kekufuran...................
YA Allah, sesungguhnya kesedihan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan, keresahan, kekecewaan dan segala yang memberikan kesulitan yang menyakitkan sama ada dalaman mahupun luaran adalah ujian dariMu...malah kesenangan, kemudahan, kejayaan, kebahagiaan, kekayaan, kepuasan, kehebatan dan segala bentuk yang menyenangkan juga adalah ujian dariMu.......
Ya Allah.... Yang Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau mengetahui kemampuan ku menghadapi ujian mahupun cubaanMu, jadi jauhilah ujianMu sama ada kesulitan mahupun kesenangan dariku..... hanya kepadaMu aku berserah dan hanya padaMu aku mohon perlindungan
Ya Allah...kuatkanlah iman dan amalku, azam dan tekadku, redha dan sabarku....moga ketenangan jiwa dan kebijaksanaan akalku mampu menghadapi apa juga ujian dan dugaanMU....hanya padaMu aku memohon, sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang................
Ya Allah.....hanya rahmat dan keredhaanMu kupinta atas segala ikhtiar dan usaha, moga berjaya perolehinya sebagai bekalan hidup di dunia dan akhiratMu di sana....
Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)
Tuesday, March 22, 2011
UJIAN ATAU COBAAAAAN.......?
Saturday, March 19, 2011
Kembara Ibadahku 1
Bertolak dari rumah pada petang Jumaat 29 Oktober 2010 diiringi bacaan doa dan azan oleh jiran-jiran yang datang selepas solat Asar......menaiki van yang dipandu oleh Bang Cik, aku bersama mak dan ayah serta anak dan isteri bangcik menuju ke Rumah Rehat TNB di Batu Feringghi. Kesesakan dalam perjalanan menunggu feri dan kesibukan jalan di pulau menuju ke Batu Feringghi mengambil masa lebih 3 jam. Malam yang mendebarkan, esok pagi masing-masing bersiap siaga seawal 430 pagi. Bertolak ke Lapangan Terbang Bayan Lepas dan chech in jam 615 pagi. Penerbangan AirAsia AK5353 dari Bayan Lepas berlepas jam 710 pagi tanpa sebarang kelewatan.
Mendarat di LCCT menghampiri jam 800 pagi. Telah sedia menanti temanku, Shubki dengan Alza nya lalu membawa kami ke KLIA. Di sana kami bertemu petugas dari Tabung Haji yang akan membawa kami ke Kompleks Haji di Kelana Jaya. Selepas sarapan, kami menunggu lagi hinggalah menghampiri jam 1100. Bertolak ke Kelana Jaya bersama insan tersayang mengiringi perjalanan yang lancar namun mendebarkan. Di Kelana Jaya melapor diri dan diberi bilik untuk berehat dan mengemas diri. Beg-beg pakaian yang besar dikumpulkan di bahagian lobi depan pintu masuk yang hanya boleh dimasuki oleh jemaah sahaja. Di persekitaran halaman didirikan khemah bagi sanak-saudara yang menghantar menantikan para jemaah berangkat.......Rehat, mandi dan solat Zohor, lalu keluar membeli beberapa keperluan seperti sarung beg.
Setelah berehat seketika, pihak pengurusan tabung haji mengumumkan agar semua jemaah mengambil tag nama, beg sandang dan beberapa keperluan lain daripada kakitangan bertugas di kaunter. Selesai mengambil semua barang-barang, aku mandi sunat ihram dan mula memakai pakaian ihram. Selepas solat sunat ihram di bilik, bersama ayah dan mak semua jemaah KT74 mula berkumpul di lobi dengan beg masing-masing untuk daftar masuk. Semua dokumen seperti pasport antarabangsa dan tag haji diperiksa, beg diimbas seadanya lalu kami dibawa melalui lorong menuju ke dewan tingkat atas di kompleks berkenaan. Taklimat mengenai perjalanan haji kami diberi oleh pegawai berkaitan, bas akan bertolak secara berturutan, semua jemaah diminta beratur menaiki bas. Jam 5 petang, semua 6 buah bas Plusliner sewa khas bertolak beriringan dengan didahului oleh beberapa buah motosikal polis trafik. Wah, hebatnya perjalanan haji di Malaysia. Dalam perjalanan di Lebuh raya ke KLIA, berlaku kesesakan yang agak teruk namun disebabkan bas kami diiringi polis trafik, perjalanan lancar biarpun perlahan. Sepanjang perjalanan, jemaah mula berzikir, bertahmid dengan iringan nasyid labbaikallahummalabaik.......
Memasuki KLIA, bas dibawa masuk terus ke landasan. Di hadapan pintu terminal lapangan terbang, kami diarahkan turun lalu memasuki ruang menunggu dalam terminal. Semua jemaah mula menuju ke bilik air melepaskan hajat dan mengerjakan solat Asar bagi yang belum melaksanakannya. Menunggu seketika sebelum memasuki kapal terbang yang dijangka berangkat jam 7.25 petang......................

Ayahanda di Airport Bayan Lepas
Bersama mak di tingkat 1 Masjidil Haram
Mak bersama seorang jemaah dari Kabupaten Riau, Indonesia berbual-bual sementara menunggu waktu solat.
Kesesakan dataran Kaabah setiap hari menjelang hari Wuquf
Kehadiran jemaah dari seluruh pelusuk dunia tawaf mengelilingi Kaabah memenuhi setiap inci
Dataran Kaabah hingga tiada ruang untuk bersolat............Subhanallah
Pakcik Mehat dan isteri bersama mak menantiku untuk balik ke hotel selepas solat
Ribuan jemaah keluar masuk Masjidilharam tanpa mengira masa
Di Masjid A'aisyah, Tana'im untuk niat umrah sunat sebelum haji
Pemandangan dari atas bumbung hotel, pembangunan Makkah
Bangunan hotel dan penginapan di Makkah, dari atas bumbung hotel Tingkat 11
Bersesak duduk bersebelahan kerusi roda ayah menanti masuk waktu Jumaat.
Saturday, March 12, 2011
Kembara Ibadahku
Assalamualaikumwarahmatullah.....dengan namaMu Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, salawat serta salam buat junjungan besar Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan seluruh pejuang Islam yang berterusan menyampaikan seruan dakwah hingga sampai ke generasi kini di seluruh alam ini, moga Allah melimpahkan segala rahmat dan keredhaanNya kepada kita semua........
Catatan ini adalah sebagian daripada pengalaman hidupku yang ingin dikongsikan bersama di ruang yang kumampu biarpun mungkin hanya secebis dari kisah-kisah yang pernah dilalui oleh orang lain....
Catatan ini adalah sebagian daripada pengalaman hidupku yang ingin dikongsikan bersama di ruang yang kumampu biarpun mungkin hanya secebis dari kisah-kisah yang pernah dilalui oleh orang lain....
Mak ayah tersayang ketika di ruang menunggu di KLIA
Menjadi tetamu Allah di Makkah pastinya menjadi idaman dan cita-cita setiap Muslim. Menunaikan ibadah haji adalah satu-satunya tuntutan yang tidak dapat dilaksanakan melainkan hanya di Makkah. Ibadah yang menjadi kemuncak dalam semua tuntutan ibadah wajib seorang Islam. Aku bersyukur kerana dengan izin dan kehendakNya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji yang lalu 2010/1430H bersama emak dan ayah tercinta. Segalanya bermula apabila emak dan ayah memintaku mengiringi mereka ke Tanah Suci lalu dengan tekad aku berusaha memenuhi segala keperluan. Memang bukan mudah untuk memenuhi permintaan emak dan ayah di ketika keadaan ekonomi yang kurang stabil tetapi apabila tiba masanya malah jemputan ke sana adalah ketetentuanNya maka segalanya dipermudahkanNya. Jika diikutkan giliran yang ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji, emak dan ayah ke Tanah Suci pada tahun 2013. Awal tahun 2010 ketika bercuti selepas tamat cuti belajarku, mak amat beria-ia memintaku menulis surat rayuan kepada TH, memohon agar kami diberikan tempat pada tahun 2010....
Dalam flight KT74 Ayah bersebelahan Cikgu Morad
Awal pagi di Airport Jeddah
Pasport dikumpul sebelum menaiki bas ke Makkah
Dalam MasjidilHaram
Bonda tercinta yang sentiasa bersama di tingkat atas Masjidil Haram
Pemandangan Kaabah dari tingkat atas Masjidil Haram
Kesesakan di Dataran Kaabah
Di luar Masjidil Haram melalui pintu Marwah
Dataran luar masjid waktu petang
Mendamaikan.... suasana dataran luar Masjid waktu petang
Jemaah keluar masuk ke dalam masjid berhampiran Babusalam
Ketenangan waktu petang menantikan waktu Maghrib
AURAT WANITA?
Seloka Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.
Dipetik dari http://lutfimj2006.blogspot.com/

Ingatan untuk diriku yang masih belum mampu mengawasi dan memastikan tanggunganku memenuhi tuntutan syara' secara sempurna...moga diberikan kekuatan untuk diriku terus berusaha menyeru mereka ke arah mendapatkan keredhaanNya.
LAGUKU BUAT B
Bersama salam ku kirim
Teriring doa dan restu
Sepenuh kasih nan syahdu
Terimalah kasih ku
Sungguh pun jauh terpisah
Dihati dekat selalu
Kekasih usah gelisah...
Tenangkan lah hatimu
( korus )
Biarkan masa beredar
Hari pun berganti minggu
Hadapilah dengan sabar... Oh sayang ku
Kuatkan tekadmu intan
Tempuhi segala rintangan
Pastikan kita bertemu kau dan aku
KETABAHAN ALAPONG
Memasak di tepi sungai dalam hutan rimba sangat sukar bagi peserta kali ini akibat keadaan yang basah, lewat makan tengahari ........
Membuat usungan bagi membawa peserta yang sakit keluar dari hutan
Aduh...sangat menguji kesabaran dan mencabar kudrat apabila terpaksa mengusung rakan yang sakit keluar dari hutan......
Pendakian yang menyiksakan, kecuramannya mampu melunturkan semangat
Cabaran mengatasi halangan.... kumpulan ini bernasb baik kerana hampir semua pesertanya slim
Melepasi gelungan tayar sambil membawa buluh 'amanah' amat menyakitkan jika tiada kerjasama kumpulan
Merangkak secara mengiring dalam sarang buaya sambil memegang 'buluh amanah'
sangat mencabar bagi mereka yang pertama kali melakukannya..
Aduyaiii...gaya dan cara peserta melepasi halangan sangat berbahaya,
kesilapan strategi membawa padah.....
Kerjasama dalam kumpulan membawa kesenangan walau dalam apa jua keadaan
Kenangan mengendalikan peserta kursus di Kem Alapong amat bermakna. Suka duka mereka terutama kumpulan di bawah seliaan ku pasti menjadi ingatan. Sayangnya, ketika aktiviti berkayak di laut tiada rakaman foto namun sudah kulakarkan dalam post sebelum ini............
Friday, March 11, 2011
Gempa Bumi dan Tsunami Jepun
Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.
Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.
Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.
Copy dari:
http://www.malaysiakini.com/news/158397
Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.
Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.
Copy dari:
http://www.malaysiakini.com/news/158397
Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh
TOKYO: Gempa bumi terkuat tahun ini yang melanda Utara Jepun petang Jumaat pada skala richter 8.9 magnitud telah mengorbankan tidak kurang dari 300 orang setakat ini.
Gempa bumi itu bukan sahaja meranapkan begitu banyak rumah kediaman dan bangunan komersial malah telah mencetuskan ombak tsunami di lautan Pasifik.
Agensi Polis Kebangsaan Jepun yang bertanggungjawab mengumpul maklumat terkini bencana alam itu berkata, 110 people orang telah disahkan terkorban dan 350 orang lagi dilaporkan hilang.
"Jumlah ini belum diambil kira laporan yang mengatakan antara 200 hingga 300 mayat lagi ditemui bergelimpangan di pantai Sendai akibat tsunami," kata agensi tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)