Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, March 27, 2012

Selamat Kembali........

Assalamualaikumwarahmatullah
Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Khataman Anbia' serta keluarganya hingga kini.......
Syukur teramat buat Tuhan Sekalian Alam Allah Azzawajalla atas kekuatan yang diberikan kepadaku hingga aku bisa kembali mencoret sepatah bicara dalam ruangan yang terlalu lama sepi kutinggalkan. Sesungguhnya tempoh menyendiri mengenal diri dan insan lain yang kukenali memberi satu kefahaman tentang rencah kehidupan manusia yang Allah utuskan ke muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya....
Insan ciptaan Allah hanya ada kudrat dan bumi sebagai kehidupan. Sepanjang manapun hayat insan sebenarnya terlalu pendek sebenarnya. Kusedar betapa zaman kanak-kanak dan remajaku yang telah berlalu berpuluh tahun dulu sebenarnya baru sebentar berlaku kerana setiap peristiwa zaman itu masih segar di ingatan. Apatah lagi peristiwa setahun atau sebulan yang lalu pastinya amat terasa masih segar impaknya. Kesedaran tentang masa yang kian memamah usia menjadikan aku semakin sedar betapa kini aku mungkin menghampiri pengakhiran nyawa......apatah lagi melihat ayahanda kian uzur sehingga dirujuk ke IJN bagi meneruskan sisa usia yang ada. Aku memang sudah berusia namun seperti yang sering ku katakan di kota mulia Tanah Haram dulu, AKU TAKUT MENJADI TUA! Tuakah aku kini? Memasuki usia 40k pada sesetengah orang memang sudah tua namun ada juga yang beranggapan kehidupan baru bermula. Usia mula 40k aku dimulakan dengan kisah kepalsuan insan yang membohongiku malah menipuku. Kepalsuan dan hipokrasi insan yang langsung tidak dijangkakan membuatkan aku terleka dan tertipu dengan lakonannya yang amat menjengkelkan. Semuanya mengajarku erti sebuah kehidupan yang sebenar bahwa insan itu memang manusia yang mempunyai pelbagai wajah. Sesungguhnya kebenaran itu milik Allah dan hanya Dia yang mengetahuinya. Maha Suci Allah yang menunjukkan keadilanNya. Kini segalanya pantas berlalu......aku kembali mengenalinya sebagai sebahagian sejarah hidupku yang kian ke penghujung. Segalanya kuserahkan kepada Ilahi, biarlah Dia yang tentukan keadilanNya kalau tidak di dunia, pasti di sana kan terima. Semoga Allah tunjukkan jalan lurus untuknya agar matinya nanti tidak sebagai manusia yang terus leka dengan dunianya.......
Berjumpa lagi di lain bicara...........wallahuaklam

Wednesday, October 26, 2011

Cinta Itu Satu Anugerah

Sesungguhnya kata pujangga dan ahli falsafah cinta ...

...cinta itu satu anugerah......... bukan satu kemahuan

maka ramailah dalam kalangan manusia baik tua atau muda mudah tertipu dengan ungkapan cinta......cinta yang muncul dalam diri dianggap anugerah sedangkan  ia sebenarnya adalah kemahuan sang pencinta yang akhirnya akan membawa kekecewaan dan penderitaan..............pernah seorang kekasih pernah mengungkapkan kepada pasangannya..."sesungguhnya demi Allah, engkaulah anugerah yang paling bernilai dalam hidupku dan aku berjanji takkan mensia-siakan anugerah dariMu Ya Tuhanku"....bukan ungkapan biasa tapi ungkapan yang dikatakan tulus ikhlas dari sanubari sang kekasih di hadapan Baitullah. Bukan di taman bunga mahupun di tepi pantai tapi di hadapan Baitullahilharam....tempat yang dijanjikan makbul segala doa, didengar para malaikat apatah lagi Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Pengasih dan Penyayang.....Namun setelah berjauhan dengan kekasihnya, sang pengungkap kata-kata itu menodai ungkapannya dengan mengkhianati kekasih yang dikatakan sebagai anugerah daripada Allah swt. Inikah yang dikatakan cinta itu satu anugerah atau kemahuan semata?
Setelah mempercayai kata-kata sang kekasih pengungkap kata, kekasihnya amat setia hingga sanggup berkorban segala, wang ringgit dan harta usah cerita, sanggup menempuh badai derita malah terkorban masa depan kariernya. Sesungguhnya bila cinta itu kemahuan semata, ia boleh berubah sekelip mata bila kemahuan berubah mengikut rasa.
Sedihnya kekasih pengungkap kata itu boleh bergembira dan berpesta ria bersama kekasih barunya tanpa rasa sedikit kesal di dada melihat kekasih lamanya menderita menanggung bebanan yang ditinggalkannya. Inilah manusia yang hanya cinta kerana kemahuan rasa bukannya anugerah dari Yang Esa.

Kisah sedih ini membuktikan betapa benarnya suatu hadis daripada Rasulullah SAW yang antaranya bermaksud " sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik....dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat". 
Jelas ternyata betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa menunjukkan kebenarannya apabila terjadinya kisah penghinaan darah daging sendiri terhadap dirinya yang kini terus hanyut dalam kehinaan dan kepalsuan. Bahagia kononnya hanya di mata....di hati pasti derita membara jiwa kerna manusia yang mengelilinginya kini hidup dalam dunia khayalan semata. Jiwanya kan terus merana dengan onak kepalsuan dunia dan kekosongan menghimpit rasa biarpun diri berasa bahagia tapi kemunafikan diri tetap jelas ternyata...........
Kepada kekasih pengungkap kata, insaflah diri kian menghampiri senja... belajarlah dari kesilapan silam setelah beberapa kali diluka dan terluka, syukurlah Tuhan masih memberi masa untukmu tebus segala dosa, kembalilah menjadi diri insan hamba Yang Maha Esa, tinggalkanlah segala kemunafikan dunia kerna kita tak tahu bila agaknya ajal kita kan tiba. Usahlah sombong menunjuk lagak bahagia bersama si dia sedangkan insan lain melihatmu penuh hina, murahnya harga diri terserlah jua....membenarkan diri sendiri dinista kerna menyerlahkan peribadi yang penuh noda hinggakan darah daging sendiri menganggapmu hina, sanggup menyumpah dan nista. Janganlah kerna ikut kemahuan rasa, ingin diri dianggap hebat dan kuasa, dirimu menggadai maruah dan nama....desperate sangatkah hingga sanggup menodai apa yang pernah diungkap di hadapan Allah Yang Maha Esa.
Kembalilah kekasih pengungkap rasa cinta, mohonlah keampunan dariNya, kasihilah ibu tua yang kian menderita dek dirimu mengikut rasa, anak-anak kian membesar dengan jiwa yang kacau, jadilah insan yang sedar seperti dulu yang zikir menjadi pembasah bibir, dhuha menjadi amalan rutin, telekung dan masjid sentiasa bersama disinggahi, qiyamulail jarang ditinggalkan, Ayat-ayat Cinta Tuhan jadi sebutan.......
Wahai hamba Allah yang sempurna kejadiannya, terfikirkah dirimu bahawa setiap yang kita lakukan ada balasannya....kata orang hidup umpama roda, hanya Tuhan yang Maha Kuasa menentukannya dan selalunya sifat Adilnya melebihi segala....andai hari ini kita menganiayai sesiapa, pasti balasannya kan tiba.......tunggulah masanya kerna Allah itu Tuhan segalanya...memberikan bahagia untuk menguji kita, memberi derita kerana diri kita lupa kepadaNya dengan membuat dosa dan menganiaya sesama manusia.....
Sedarlah mati sentiasa menghampiri kita, dalam rumah...di atas jalanraya??? Sejarah selalunya dilupakan tetapi ia selalunya berulang kepada kita.... kembalikanlah hak kepada empunya andai pernah kita ambil darinya, pulangkanlah segala andai kita khianati amanahnya.
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya serta ruang dan kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan............

Sunday, September 25, 2011

INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN: DR MAZA

Insaf Dalam Menilai Setiap Insan
Disiarkan pada Sep 16, 2011 dalam kategori Dakwah
INSAF DALAM MENILAI SETIAP INSAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)



Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.



Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.




Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang politik hari ini apabila mereka bertelingkah. Enggan mengiktiraf sumbangan pihak lain hanya kerana perbezaan politik yang ada.

Demikian juga dalam kehidupan, ramai yang enggan mengiktiraf kebaikan pihak yang dibenci sekalipun nyata kebaikannya. Ini adalah sifat yang tidak munsif atau kita sebut tidak insaf. Perkataan insaf di sini bukan seperti yang kita faham iaitu menyesal. Sebaliknya bermaksud sesuatu yang berada di tengah; tidak melampau dan tidak terkurang. Inilah arahan Allah kepada kita.

Dalam urusan jual beli, kita diharamkan mengurangkan hak orang lain, apatah lagi dalam urusan nilai dan harga diri orang lain yang lebih bermakna dari timbangan makanan dan barang, lebih utamalah untuk kita memastikan hak orang lain tidak dikurangkan. Firman Allah: (maksudnya):

“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Timbangan Amalan



Allah Tuhan Yang Maha Adil tidak menetap bahawa hanya orang tidak berdosa sahaja yang masuk syurga. Tidak juga menyatakan bahawa setiap yang ada dosa akan memasuki neraka. Sebaliknya al-Quran menyatakan bahawa seseorang ditimbang amalan baik dan buruknya. Maka, sesiapa yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya, maka dia berjaya. Begitulah sebaliknya; sesiapa yang amalan buruknya melebihi amalan baiknya, maka tempatnya neraka. Firman Allah (maksudnya):

“adapun orang yang berat timbangannya (amalan baik), maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sesiapa yang ringan timbangannya (amalan baik), maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalan engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).

Setelah Allah menetapkan demikian, bagaimana mungkinkah kita ingin memutus hanya insan yang tidak berdosa sahaja yang layak untuk diiktiraf sebagai insan yang baik?! Sebaliknya, insan yang baik itu ialah seseorang yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya.

Semua Berdosa

Sabda Nabi s.a.w:

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah/ dihasankan oleh al-Albani).

Justeru, setiap kita tidak sunyi dari kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci dari dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri. Sementara orang yang buruk keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.

Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikap dirinya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali kepadaNya. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53).

Jahat Tak Menafikan Baik

Dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Walaupun dia minum arak, itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihannya itu. Kita lebih wajar demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

Diri Sendiri



Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.

Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):

“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”. Demikian tawaduknya imam yang agung itu.

Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)

Seimbang

Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).

Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:

“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.

Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”. (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).

Wednesday, September 14, 2011

Puasa Sunat Syawal@Qada'???

Assalamualaikumwarahmatullah....


Sudah dua minggu kita melewati hari raya Aidil Fitri dan minggu lalu ramai yang mengerjakan puasa sunat Syawal hingga beberapa majlis hari terbuka hari raya diketepikan. Namun tak kurang juga yang menimbulkan beberapa persoalan mengenai puasa sunat Syawal, antaranya boleh ke kita puasa sunat 6 hari bulan syawal digabungkan dengan puasa ganti (Qada')? Soalan popular terutamanya daripada staf perempuan di awal bulan Syawal bila aku masuk kerja. Aku kadang-kadang dah malas nak bercakap dan layan dia orang ni bukan sebab aku tak suka bercakap dengan perempuan tapi mereka ni macam nak menunjuk-nunjuk pulak yang mereka ni berpuasa... puasa tu bagus apatah lagi di bulan yang mulia ni tapi tak payahlah nak war-war kan kat orang, sebaiknya diam dan banyakkan berzikir dan bertahmid sepanjang hari sambil melaksanakan tanggungjawab dari dok bercerita hal orang lain dan mengata hal yang tiada faedah langsung........




Apapun di sini aku kongsikan pandangan Ustaz Zaharuddin mengenai puasa sunat Syawal dan puasa Qada' untuk bacaan teman-teman, kalau nak lebih lanjut sila rujuk website zaharudin.net.



Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)



Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)


Tuesday, September 13, 2011

REDHAKAH KITA DENGAN TAKDIRNYA........

Seketika kuberasa mengantuk tatkala mengadap skrin laptop menghabiskan kerja, aku capai buku kecil SMS daripada Rasulullah......dalam bab "Saya Mahu Kahwin Online Dengan Allah swt" aku amat tertarik dengan amalan Istikharah yang digalakkan oleh Rasulullah saw lalu diperkuatkan lagi dengan hadisnya yang antaranya bermaksud:

"Antara kebahagiaan anak-anak cucu Adam adalah redha terhadap apa yang ditetapkan oleh Allah kepadanya. Sedang kesengsaraan anak cucu Adam adalah jika dia meninggalkan istikharah kepada Allah. Dan kenestapaan anak cucu Adam adalah manakala dia benci terhadap apa yang telah Allah tetapkan baginya"
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ahmad)

Dari pemahaman terus maksud hadis ini amat mudah, Allah mempunyai perancanganNya sendiri kepada setiap setiap makhluk ciptaanNya. Sesuatu yang berlaku pasti akan ada sebab dan akibatnya dan takdir seseorang sama ada baik atau buruk juga tentu mempunyai hikmah yang tersembunyi, mungkin hanya Allah saja yang tahu. Sebagai hambaNya kita berkewajipan menerima tiap yang berlaku seadanya dengan redha dan lakukanlah Istikharah dalam memilih jalan penyelesaian terbaik untuk kita.
Lalu teringat aku pada satu artikel mengenai tips membalas dendam terhadap bekas kekasih yang pernah kubaca suatu ketika dulu.......di sini kukongsikan petikan teks tersebut buat renungan teman-teman, semoga ada iktibar dan manfaat buat semua yang pernah terfikir untuk membalas dendam terhadap orang yang pernah menyayangi dan mengasihinya......(maaf petikan ini dalam bahasa Indonesia, sila rujuk  maksud sebenar perkataan tertentu ke dalam Bahasa Melayu)

Saya tahu ada begitu banyak hal yang mengganjal di hati Anda. Perasaan sedih, kangen, dan kehilangan yang Anda rasakan kemarin, mungkin sekarang telah berubah bentuk menjadi perasaan kesal, marah, dan bahkan keinginan untuk membalas dendam.
Saya tidak akan menyalahkan Anda karena memiliki perasaan-perasaan negatif tersebut. Karena itu adalah hal yang sangat wajar sekali.
Apabila ada seseorang atau sesuatu yang membuat Anda merasa sakit, reaksi otomatis yang keluar dari diri kita adalah perasaan marah dan keinginan untuk membalas. Sama seperti ketika kaki Anda terantuk meja dan Anda merasakan nyeri yang luar biasa, maka biasanya reaksi Anda adalah mengumpat dan menendang meja tersebut dengan penuh kemarahan.
Tindakan menendang meja ketika kaki Anda terantuk adalah perbuatan bodoh yang tidak masuk akal. Karena bukan saja meja tersebut bisa rusak karena Anda tendang, tapi kaki Anda pun dapat terluka dan sakit lebih dari yang seharusnya. Menendang meja jelas tidak akan menyembuhkan kaki Anda.
Sama seperti membalas dendam pada mantan kekasih yang telah menyakiti Anda. Itu sama sekali tidak akan menyembuhkan Anda.
Malahan itu akan membuat Anda semakin sakit…
Ketika Anda putus cinta dan patah hati, Anda telah mengalami kerugian emosional. Istilahnya, Anda mengalami defisit emosi. Itu sebabnya Anda merasa malas untuk melakukan apapun juga, dan sama sekali tidak tertarik untuk berhubungan dengan siapapun juga. Emosi Anda telah terkuras habis.
Dan memikirkan balas dendam, atau bahkan sampai benar-benar melakukan balas dendam dengan berbagai cara, seperti membuatnya cemburu, mengadukannya pada orang tuanya, dsb, jelas membutuhkan modal emosi yang sangat besar. Setelah Anda mengalami defisit dan kerugian, apakah Anda yakin masih ingin terus menghambur-hamburkan emosi Anda? Emosi Anda SUDAH PASTI akan mengalami kerugian yang lebih besar.
Itu akan berakibat fatal pada kestabilan diri Anda.
Bila dianalogikan dalam istilah dunia bisnis, Anda mengalami kerugian investasi namun Anda masih tidak puas dan menerima, malahan Anda mencoba terus berinvestasi dengan meminjam uang dari rentenir dengan bunga yang besar. Akibatnya hutang Anda akan bertumpuk dan Anda akan semakin merasa tidak berdaya.
Jangan lakukan hal itu sobat..
Ketika Anda memikirkan untuk membalas dendam, itu berarti Anda sedang memikirkan dia. Itu artinya Anda tidak bisa melupakannya. Berarti dia memiliki kendali penuh atas diri Anda. Itu tanda bahwa fokus hidup Anda adalah dirinya. Itu juga adalah tanda bahwa Anda tidak bisa menerima kenyataan.
Padahal Anda tahu bahwa untuk melupakannya dan menyembuhkan diri Anda, untuk bangkit berdiri dan meraih kebahagiaan kembali, hal pertama yang harus dilakukan adalah MENERIMA KENYATAAN.
Ketika Anda memikirkan untuk membalas dendam, itu tandanya Anda sudah menjadi serupa dengan sosok yang dirinya yang telah menyakiti Anda. Coba pikirkan baik-baik paradoks berikut ini: Anda benci akan tindakan dia yang telah menyakiti Anda, namun Anda ingin melakukan hal yang sama pada dirinya. Itu adalah suatu pemikiran yang tidak logis dan kekanakan. Itu bukti bahwa otak Anda sedang tidak beres.
Setelah menyadari hal itu, saya berharap Anda dapat kembali mengingat peraturan no. 1 dalam menghadapi patah hati: STOP BERPIKIR DENGAN OTAK ANDA SENDIRI.
Otak Anda sedang mencoba mencari cara untuk mengembalikan keseimbangan hidup Anda. Untuk memulihkan diri Anda yang terluka, dengan berbagai cara… meskipun itu salah.
Karenanya, setelah melakukan balas dendam pun, saya jamin, Anda pun tidak akan puas. Karena bukan itu yang sebenarnya Anda inginkan. Karena di dalam lubuk hati, Anda adalah seorang yang hangat, dan penuh kasih sayang yang tidak akan pernah dengan sengaja menyakiti orang lain. Itu adalah salah satu alasan mengapa mantan kekasih Anda jatuh hati pada Anda.
Ketika Anda melawan hati Anda sendiri, maka nurani Anda akan terus menghantui Anda dengan perasaan bersalah. Anda merusak diri Anda sendiri dan menimbulkan lebih banyak permasalahan dan penderitaan dari yang seharusnya Anda alami.
Kasihanilah diri Anda… diri Anda sudah cukup menderita dan sakit, jangan Anda tambah lagi.
Apabila orang tua atau kerabat Anda sakit keras, apa yang akan Anda lakukan? Apakah Anda akan memperparah keadaan dengan memarahinya atau memukulinya? Tentu tidak, bukan? Anda akan memanjakannya, merawatnya dengan penuh kasih sayang. Saat ini hati Anda sedang sakit. Jadi manjakanlah ia, dan rawatlah dengan penuh kasih sayang.
Bukankah hati Anda adalah hal yang paling berharga bagi diri Anda?
Apabila Anda tetap ingin membalas dendam, maka saya akan beritahu cara yang lebih positif: fokuskan sisa emosi dan energi Anda untuk diri Anda sendiri. Perbaiki dan tingkatkan penampilan Anda, makan yang baik dan olahraga yang teratur, bila perlu Anda dapat pergi ke gym dan membentuk tubuh Anda menjadi lebih seksi. Lakukan segala hal yang dapat membuat Anda bahagia.
Apabila suatu saat mantan kekasih Anda bertemu dan melihat Anda, maka ia akan tercengang dan kaget melihat Anda yang jauh lebih menarik dibanding sebelumnya, melihat wajah Anda yang berseri-seri, dan melihat betapa bahagia diri Anda tanpa dia. Itu akan menggoyangkan emosi dan psikologisnya. Dia akan merasa menyesal telah meninggalkan seseorang yang hebat seperti Anda dan dia jelas akan berpikir: Apakah kehilangan dirinya sama sekali tidak berpengaruh apa-apa pada Anda? Apakah itu berarti Anda tidak pernah benar-benar mencintainya?
Percaya saya, Anda akan merasa sangat puas ketika saat itu tiba.
Living a happy life is the best revenge!
Tapi ingat, lakukan semua itu hanya untuk diri Anda sendiri. Apabila Anda melakukan itu dengan motivasi balas dendam maka semuanya sia-sia saja. Karena itu berarti sama saja Anda masih belum bisa melupakannya. Berarti Anda harus kembali lagi membaca artikel ini dari paragraf pertama!
sumber : putuscinta.com

Sunday, September 11, 2011

Cinta Itu Hak Kita?

Pagi in ketika ku buka FBku yang kian kusam, aku terbaca satu post daripada seorang kenalan. Satu petikan tentang cinta yang pastinya sangat memberi informasi dan motivasi terhadap insan-insan terutamanya remaja yang baru mengenal cinta. Sesungguhnya banyak frasa indah yang diilhamkan mengenai cinta memberi seribu pengertian bermakna dan sangat bertepatan dengan liku-liku hidup yang pernah kutempuhi di kala usia yang berlalu......sesungguhnya wanita yang mempunyai fahaman begini pasti berhati-hati mencari atau menerima cinta yang sejati namun kebanyakan wanita lain hanya mencari cinta kerna berasa sepi dan sunyi lalu menemukan mereka cinta yang berlandaskan nafsu sendiri...

Bacalah....sesungguhnya petikan di bawah hanyalah sebahagian daripada petikan yang agak panjang kiriman seorang kenalan di FB bernama Farhana. Mohon diizin kupaparkan petikan ini buat perkongsian dengan teman-teman lain........

Terima kasih


Mencintai seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yg belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali, andainya Allah mentakdirnya dia untuk kau miliki, atau Allah akan mengganti dengan yg jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai. Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg bukan menjadi hak kita, jangan kau tangisi apa yg bukan milikmu..kerna mencintai tak bermaksud memiliki..tapi memiliki itu kerana mencintai..ƸӜƷ ✿ •*¨`*•✿ ƸӜƷ ❤ ƸӜƷ ✿
Cinta selayaknya seperti rama-rama...
Semakin dikejar, semakin jauh ia meninggalkan kita..
Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka...
apabila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu..
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu tanpa kau sangka2
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤
Cinta manusia itu urusan Dia..
Cintakan Dia itu urusan kita..
Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia..
Sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita...
✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•❤

˚˚ﷲ♥ ˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥˚˚ﷲ♥

Jangan memberi harapan pada yg belum pasti..
kelak ada insan yg bakal dilukai...
jangan menaruh harapan pada yg belum tentu dimiliki..
nanti hati yg kecewa sendiri..
Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu pada Yg Maha Memberi..
Nescaya dirimu tidak sesekali dizalimi dan dikecewakan..
Kerna DIA Maha Mendengar pengharapanmu dan Dia pasti merealisasikan dengan caraNya yg terssendiri...
Bersabar dan bersangka baik pada Penciptamu kerna Dia lebih memahamimu berbanding dirimu sendiri..

¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Sungguh adalah suatu kebahagiaan bahwa anak Adam melakukan ISTIKHARAH dan senang dengan apa yang Allah takdirkan bagi dirinya dan sungguh adalah kesengsaraan jika seorang anak Adam meninggalkan ISTIKHARAH dan berkeluh kesah dengan takdir Allah. . .
¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★ ¸.•❤ ¸.•★
Feelings are much like waves.we can't stop them from coming but we can choose which one to surf.The best feeling ever, is when you feel so safe,right after you have prayed. Perform ur istikharah...

Don’t be too hurry in love, find a companion who can guide you not only in Dunya, but in akhirah. Who can pick you up when you fall, who can remind you when you forget, love you with all his might, someone that will hold your hands through thick and thin & lead you to the Jannah.. ♥
☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤

✬ Cinta itu ibarat air di telapak tangan, jika aku gengggam tanganku, maka air itu akan hilang, tapi biarkanlah tanganku terbuka kerana dengan begitu tidak akan pergi ke mana-mana.
レo√乇♥ F٥гﻉ√ﻉг & ﻉ√ﻉг
___ *♥* ______*♥*
_*♥*__ *♥*_*♥*__*♥*
*♥*_____*♥* ____ *♥*
*♥*_______________♥*...
_*♥*____________*♥*
___*♥*________*♥*
_____*♥*___*♥*
_______*♥*♥*
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥
CINTA Dan KASIH SAYANG Manusia Cuma Setitis Jika Dibandingkan Dengan
Selautan Cinta Dan Kasih Sayang ALLAH.jIKA eNGKAU kEHILANGAN yANG
sETITIS iTU,iA tIDAK aKAN mENJEJASKAN kEHIDUPANMU sELAGI yANG
sELAUTAN iTU mASIH eNGKAU mILIKI..
♥ ❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ (。◕‿◕。)❤ ♥

> muhasabah bersama
Jiwa manusia sangat sensitif dengan RASA dan RINDU.
Apabila ia telah merasakan nikmatnya sesuatu,
Maka ia akan terus merindukannya.
Kerana itu,
Jika seorang hamba telah merasakan MANISnya keIMANan,
Dan keINDAHan IMAN telah bersemi dengan QALBUnya,
Maka akan kukuh keCINTAannya kepada~NYA
Dan selamanya tidak akan goyah oleh sesuatupun
(¯`*•.¸♥ Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ♥¸.•*´¯)

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤
perancangan kita dan Perancangan ALLAH...
maka Perancangan ALLAH lebih sempurna....
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨* •♫
♥♥♥───────────────█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────█──█──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥──────████──█──█─█──────♥♥♥
♥♥♥─────────███████─█──────♥♥♥

(¯`*•.¸wanita adalah PERHIASAN, disimpan dalam laci, kemudian dikunci, disimpan dalam almari, kemudian almari itu dikunci, dan almari itu ada di dalam kamar, kemudian kamar itu dikunci, kamar itu berada di dalam rumah, kemudian rumah itu pun dikunci, dan rumah itu ada pagarnya, kemudian pagar pun dikunci, dikunci, dikunci, dikunci, dan dikunci, dan pemilik kunci itu adalah SUAMInya kelak¸.•'´ ¯) ♥

─▄▀▀█▀▀▄
▐▌HATIKU ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█

p/s: Pintu hatiku telah ku kunci buat insan bergelar suami..✿◕ ‿ ◕✿

♫•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ .♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫
Tuliskan RANCANGANMU dengan PENSIL kemudian serahkan PEMADAMNYA kepada ALLAH.. Izinkan Allah memadam bahagian yang BUKAN ditakdirkan untukmu dan MENGGANTIKANNYA dengan rancangan yang lebih BAIK.. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..InsyaAllah,amin ya Allah..
♫•*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*••*¨*•.¸¸ﷲ.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

TIADA DAYA & UPAYA KITA MELAINKAN HANYA DENGANNYA YG MAHA KUASA~!
(✿◠‿◠) ...

Thursday, September 8, 2011

MAKANLAH MAKANAN YANG BERKHASIAT

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.


Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".


Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Posted by PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA at 4:38 PM

Rujukan :http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/08/388-sim-info-senarai-khasiat-makanan.html