Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Thursday, July 7, 2011

Tunggang....Jangan Tunggang Langgang

Assalamualaikumwarahmatullah............
Hampir sebulan lebih aku meningggalkan blog ini kerana kesibukan yang sentiasa menguasai masa lapangku bersama rutin kerja harian dan rutin tanggungjawab terhadap keluarga yang menuntut komitmen yang kian tinggi.
Bulan Jun aku berkesempatan menghadiri beberapa acara rasmi dan sosial umpamanmya memenuhi jemputan sebagai tetamu di Konvokesyen OUM ke 10 di PWTC dan sempat meluangkan masa seketika di kampung halaman. Di ketika itulah aku mendapat khabar sedih kisah ibu yang aku kisahkan dalam post sebelum ini Kisah Sedih Seorang Ibu........

Dalam pada itu, aku sempat memenuhi permintaan teman untuk sama-sama join konvoi motor berkuasa besar ke Penang dalam Program Penang Ride Week, Tunggang Jangan Tunggang Langgang. Dengan motor Kawasaki ER6F 650 aku bersama teman seperjuangan menuju ke Penang. Sempat berehat di RnR Tapah dan kami sampai di Tapak Pesta Sg Nibong hampir 8 malam.