Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, January 11, 2011

Hayatan Thoyyibah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh................. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....segala puji-pujian kepadaMu ya Allah yang menguasai langit dan bumi malah seluruh alam semesta ini ......salawat dan salam buat junjungan besar Kekasih Allah Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya dan alim ulama' muslimin muslimat yang dikasihi Allah

Di ruang yang kubina sendiri ini, ingin kubicarakan tentang kehidupanku yang mungkin tidak pernah diketahui oleh sesiapapun. Bukan untuk menonjol diri mahupun menunjuk-nunjuk apatah lagi mendedah keaiban diri cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang kehidupan diri dan kita semua di medan maya yang mungkin tiada siapa yang mempedulikannya.... apa yang penting, kita dapat menyatakan apa yang ingin kita kata bicarakan sebebas-bebasnya tanpa siapapun boleh menghalangnya.... biarlah aku tulis atau petik sesuatu yang aku sukai dan andai ada sesiapa yang ingin mengkritik, sila lakukan dengan niat kerana Allah dan untuk kebaikan kerana setiap yang baik itu daripada Allah sahaja datangnya...... biarlah aku menulis untuk kepuasan diriku dan andai ada yang tidak menyukai catatanku ini.... pergilah dengan aman. Kehadiranmu kualu-alukan, pemergianmu kurelakan................

Inilah catatan pemulaku bagi mengenal erti diriku mengapa aku memilih medan ini untuk meluah rasa hati...

Bila bersendirian pada usia yang dikatakan "life begin after fourty", aku cuba mencari sesuatu yang baru dalam rutin hidup... sesuatu yang lain yang mungkin dapat memberi satu kepuasan diri. Rutinku bermula dengan kesibukan pagi menyediakan diri dan anak2 ke tempat kerja dan sekolah, lalu diteruskan dengan tugas2 biasa di pejabat yang tak pernah lekang dgn ajakan teman2 minum dan makan.... solat berjemaah di masjid. Balik meredah perjalanan hampir 35km dalam kesesakan yang mengambil masa hampir sejam setengah baru sampai ke rumah.... layan keperluan anak2 di rumah selain ke masjid mendengar kuliah lalu balik ke rumah, anak2 sudah lena. .. esoknya menantikan rutin yang sama berulang dari Isnin hingga Jumaat.
Sementara hujung mingguku juga hampir sama cuma bezanya seawal pagi aku sudah bersiap bersama anak2 hero ku berjogging selepas solat Subuh....'mem' aku kerja separuh hari... lalu akulah menjadi Mr Mama setiap hari Sabtu.... balik jogging, singgah ke pasar beli bahan2 keperluan untuk makan tengahari, sampai rumah lalu berkemas... putri kecil comelku selalunya baru bangun lalu aku mandikan dia dan sediakan sarapan untuk anak2 yang tak bersekolah........... ha ah, meriah andai semua anak2 ada kat rumah apalagi bila kakak dan abg balik dari hostel, biasanya dua minggu sekali... sarapan popular adalah nasi goreng aku yang berperisa garam, gula, kicap dan telur..... tapi selalunya habis anak2ku belasah dan anak istimewaku selalu berkata....'abah masak... sedaaaap!!!! bahagianya dapat sediakan makanan kat dia orang. Itu kalau ada nasi semalam yang tak habis tapi kalau tak ada tentunya aku beli roti canai kat warung depan jalan rumah aku je...
Jam 11 biassanya aku dah start menyediakan bahan-bahan untuk masak tengahari....... anak2 ku paling suka makan masakan sambal tumis daging... atau masak lemak udang campur dengan tomato, habis terukpun aku masakkan dia orang ayam masak kuning minyak.... hahaha mungkin nama dia pelik sikit tapi ni resepi mak aku kat kampung yang ajar. Mesti dia orang makan dengan penuh selera...... petang Sabtu biasanya keluar ke SuperMarket ke mana ke.... beli keperluan apa2 ... kadang2 saja buang petrol meronda entah mana2 sampai malam.... seronok bila anak2 kita seronok.....
Ahad biasanya hari yang agak sibuk...... jogging dan sediakan keperluan budak2 ni nak sekolah.... bab makan tu kadang2 mak dia la masak.... aku suka juga masak2 ni sebab rasa nak buat sesuatu yang lain dari hari2 sebelumnya yang sibuk dengan kerja.. bila dah petang nak hantar kakak dan abg balik ke asrama... kakak, anak sulungku yang kini dah form 4 ( dah ada anak dara aku ni ) dan abang, form 2 di sekolah berasrama yang berbeza... balik dah lewat petang lalu bersedia ke masjid........... hah malam Isnin kuliah Akidah... tak boleh mis....
Itulah rutin hidupku yang rasanya hampir sama setiap hari....... kini pada usia mula mencecah 40k (kata seorg teman) hidup ni kena berubah sebab kehidupan seseorang itu baru bermula....... Nabi dulu terima wahyu pada usia 40 tahun dan kehidupan masyarakatnya berjaya diubah dari kesesatan dan kejahilan kepada cahaya keimanan dan ketaqwaan walaupun banyak halangan....

Aku??? Apa yang berubahnya? Tahun lepas syukur alhamdulillah dah dapat menyempurnakan Rukun Islam ke-5 menunaikan ibadat Haji di Makkah dan ziarah di Madinah selama 49 hari ( aku akan catatkan pengalaman kembara ibadahku nanti.... insyaAllah ) dan bermula tahun 2011 ni ketika umur baru melewati angka 40... apa lagi yang aku inginkan dalam hidup ni melainkan sesuatu yang belum pernah aku alami atau lakukan sepanjang hidup aku ni.... satu-satunya keazamanku ialah aku berjanji akan berusaha mengembirakan orang-orang yang ada di sekelilingku terutama orang yang aku sayang.... termasyuk juga yang jauh di mata namun sentiasa dekat di hati dan tak pernah lekang dari ingatanku biar senafas cuma... moga aku mampu lakukan sesuatu yang baharu, yang menunjukkan betapa aku ada inovasi diri bukan seperti yang disangka.......?!!!!?
Dan kini apa yang aku inginkan dalam hidupku ialah kehidupan yang baik ( hayatan Thoyyibah) yang dijanjikan oleh Allah dalam beberapa ayat al Quran....... apakah kehidupan yang baik tu? Ada pelbagai tafsiran berdasarkan ilmu masing-masing namun bagiku kehidupan yang baik adalah satu kehidupan di mana apa juga yang kita ingin lakukan semuanya berjaya kerana Allah dan dipermudahkan kaifiatnya hinggakan kita seronok dengan apa yang kita lakukan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat mahupun melalaikan dari mengingatiNya.... inginkan kekayaan? anak yang berjaya dan soleh? kesihatan tubuh badan? fikiran yang bernas? akal yang waras? emosi dan jiwa yang tenang? kereta besar? Rumah besar? Motor besar? Isteri 2-3? Ehhhhh.... apa yang kita hendak sebenarnya dalam hidup ni? Semua itu ke atau sebahagiannya saja cukuplah? Tanyalah diri berpandukan akal dan iman ........... moga kita memperoleh kehidupan yang baik seperti  yang dijanjikan Allah kerana hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...

Sama-sama kita hayati firman Allah dalam surah An Nahl ayat 97

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang Telah mereka kerjakan.

2 comments:

  1. Tumpang gembira bila dengar insan yang kita sayang bahagia...

    ReplyDelete
  2. Sentiasa berusaha membahagiakan semua insan yang kita sayang....

    ReplyDelete