Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, Maka bertakwalah kepada Allah Hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan." (Al Maidah:100)

Tuesday, March 27, 2012

Selamat Kembali........

Assalamualaikumwarahmatullah
Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Khataman Anbia' serta keluarganya hingga kini.......
Syukur teramat buat Tuhan Sekalian Alam Allah Azzawajalla atas kekuatan yang diberikan kepadaku hingga aku bisa kembali mencoret sepatah bicara dalam ruangan yang terlalu lama sepi kutinggalkan. Sesungguhnya tempoh menyendiri mengenal diri dan insan lain yang kukenali memberi satu kefahaman tentang rencah kehidupan manusia yang Allah utuskan ke muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya....
Insan ciptaan Allah hanya ada kudrat dan bumi sebagai kehidupan. Sepanjang manapun hayat insan sebenarnya terlalu pendek sebenarnya. Kusedar betapa zaman kanak-kanak dan remajaku yang telah berlalu berpuluh tahun dulu sebenarnya baru sebentar berlaku kerana setiap peristiwa zaman itu masih segar di ingatan. Apatah lagi peristiwa setahun atau sebulan yang lalu pastinya amat terasa masih segar impaknya. Kesedaran tentang masa yang kian memamah usia menjadikan aku semakin sedar betapa kini aku mungkin menghampiri pengakhiran nyawa......apatah lagi melihat ayahanda kian uzur sehingga dirujuk ke IJN bagi meneruskan sisa usia yang ada. Aku memang sudah berusia namun seperti yang sering ku katakan di kota mulia Tanah Haram dulu, AKU TAKUT MENJADI TUA! Tuakah aku kini? Memasuki usia 40k pada sesetengah orang memang sudah tua namun ada juga yang beranggapan kehidupan baru bermula. Usia mula 40k aku dimulakan dengan kisah kepalsuan insan yang membohongiku malah menipuku. Kepalsuan dan hipokrasi insan yang langsung tidak dijangkakan membuatkan aku terleka dan tertipu dengan lakonannya yang amat menjengkelkan. Semuanya mengajarku erti sebuah kehidupan yang sebenar bahwa insan itu memang manusia yang mempunyai pelbagai wajah. Sesungguhnya kebenaran itu milik Allah dan hanya Dia yang mengetahuinya. Maha Suci Allah yang menunjukkan keadilanNya. Kini segalanya pantas berlalu......aku kembali mengenalinya sebagai sebahagian sejarah hidupku yang kian ke penghujung. Segalanya kuserahkan kepada Ilahi, biarlah Dia yang tentukan keadilanNya kalau tidak di dunia, pasti di sana kan terima. Semoga Allah tunjukkan jalan lurus untuknya agar matinya nanti tidak sebagai manusia yang terus leka dengan dunianya.......
Berjumpa lagi di lain bicara...........wallahuaklam