Sesungguhnya kata pujangga dan ahli falsafah cinta ...
...cinta itu satu anugerah......... bukan satu kemahuan
maka ramailah dalam kalangan manusia baik tua atau muda mudah tertipu dengan ungkapan cinta......cinta yang muncul dalam diri dianggap anugerah sedangkan ia sebenarnya adalah kemahuan sang pencinta yang akhirnya akan membawa kekecewaan dan penderitaan..............pernah seorang kekasih pernah mengungkapkan kepada pasangannya..."sesungguhnya demi Allah, engkaulah anugerah yang paling bernilai dalam hidupku dan aku berjanji takkan mensia-siakan anugerah dariMu Ya Tuhanku"....bukan ungkapan biasa tapi ungkapan yang dikatakan tulus ikhlas dari sanubari sang kekasih di hadapan Baitullah. Bukan di taman bunga mahupun di tepi pantai tapi di hadapan Baitullahilharam....tempat yang dijanjikan makbul segala doa, didengar para malaikat apatah lagi Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Pengasih dan Penyayang.....Namun setelah berjauhan dengan kekasihnya, sang pengungkap kata-kata itu menodai ungkapannya dengan mengkhianati kekasih yang dikatakan sebagai anugerah daripada Allah swt. Inikah yang dikatakan cinta itu satu anugerah atau kemahuan semata?
Setelah mempercayai kata-kata sang kekasih pengungkap kata, kekasihnya amat setia hingga sanggup berkorban segala, wang ringgit dan harta usah cerita, sanggup menempuh badai derita malah terkorban masa depan kariernya. Sesungguhnya bila cinta itu kemahuan semata, ia boleh berubah sekelip mata bila kemahuan berubah mengikut rasa.
Sedihnya kekasih pengungkap kata itu boleh bergembira dan berpesta ria bersama kekasih barunya tanpa rasa sedikit kesal di dada melihat kekasih lamanya menderita menanggung bebanan yang ditinggalkannya. Inilah manusia yang hanya cinta kerana kemahuan rasa bukannya anugerah dari Yang Esa.
Kisah sedih ini membuktikan betapa benarnya suatu hadis daripada Rasulullah SAW yang antaranya bermaksud " sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik....dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat".
Jelas ternyata betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa menunjukkan kebenarannya apabila terjadinya kisah penghinaan darah daging sendiri terhadap dirinya yang kini terus hanyut dalam kehinaan dan kepalsuan. Bahagia kononnya hanya di mata....di hati pasti derita membara jiwa kerna manusia yang mengelilinginya kini hidup dalam dunia khayalan semata. Jiwanya kan terus merana dengan onak kepalsuan dunia dan kekosongan menghimpit rasa biarpun diri berasa bahagia tapi kemunafikan diri tetap jelas ternyata...........
Kepada kekasih pengungkap kata, insaflah diri kian menghampiri senja... belajarlah dari kesilapan silam setelah beberapa kali diluka dan terluka, syukurlah Tuhan masih memberi masa untukmu tebus segala dosa, kembalilah menjadi diri insan hamba Yang Maha Esa, tinggalkanlah segala kemunafikan dunia kerna kita tak tahu bila agaknya ajal kita kan tiba. Usahlah sombong menunjuk lagak bahagia bersama si dia sedangkan insan lain melihatmu penuh hina, murahnya harga diri terserlah jua....membenarkan diri sendiri dinista kerna menyerlahkan peribadi yang penuh noda hinggakan darah daging sendiri menganggapmu hina, sanggup menyumpah dan nista. Janganlah kerna ikut kemahuan rasa, ingin diri dianggap hebat dan kuasa, dirimu menggadai maruah dan nama....desperate sangatkah hingga sanggup menodai apa yang pernah diungkap di hadapan Allah Yang Maha Esa.
Kembalilah kekasih pengungkap rasa cinta, mohonlah keampunan dariNya, kasihilah ibu tua yang kian menderita dek dirimu mengikut rasa, anak-anak kian membesar dengan jiwa yang kacau, jadilah insan yang sedar seperti dulu yang zikir menjadi pembasah bibir, dhuha menjadi amalan rutin, telekung dan masjid sentiasa bersama disinggahi, qiyamulail jarang ditinggalkan, Ayat-ayat Cinta Tuhan jadi sebutan.......
Wahai hamba Allah yang sempurna kejadiannya, terfikirkah dirimu bahawa setiap yang kita lakukan ada balasannya....kata orang hidup umpama roda, hanya Tuhan yang Maha Kuasa menentukannya dan selalunya sifat Adilnya melebihi segala....andai hari ini kita menganiayai sesiapa, pasti balasannya kan tiba.......tunggulah masanya kerna Allah itu Tuhan segalanya...memberikan bahagia untuk menguji kita, memberi derita kerana diri kita lupa kepadaNya dengan membuat dosa dan menganiaya sesama manusia.....
Sedarlah mati sentiasa menghampiri kita, dalam rumah...di atas jalanraya??? Sejarah selalunya dilupakan tetapi ia selalunya berulang kepada kita.... kembalikanlah hak kepada empunya andai pernah kita ambil darinya, pulangkanlah segala andai kita khianati amanahnya.
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya serta ruang dan kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan............